Pelakon popular Aaron Aziz mengakui hidupnya sunyi selepas anak dan isteri meninggalkan dirinya keseorangan di rumah dengan aktiviti masing-masing.
Walaupun memiliki wang,harta dan kebendaan namun Aaron atau Aaron Mustapha Aziz, 47, mengatakan ia tiada maknanya jika tidak mempunyai keluarga.
“Hari ini saya bangun rasa sedih. Hidup ini kalau tanpa keluarga dan anak-anak memang tiada apa- apa.
“Walaupun ada rumah, ada kereta ada harta, ada apa semua tapi kalau tiada keluarga dan anak, memang tiada makna,” katanya.
Dalam rakaman yang dikongsikan pada ahad lalu, pelakon tersebut keseorangan setelah isterinya Diyana Halik pulang ke kampung halaman bersama anak Dahlia Arissa.
Manakala anak lelakinya Danish Anaqi di kem tentera dan Dwi Ariani di kolej.
Dia yang berkongsikan rakaman itu menunjukkan ekspresi wajah sedih apabila memanggil nama anaknya namun tiada siapa yang menyahut.
“Hari ini saya seorang dekat rumah. Diana dan Dahlia balik kampung. Dwi dekat kolej, Danish dekat kem tentera.
“Ini keadaan dekat rumah. Walaupun besar, namun ia sangat tidak bermakna tanpa keluarga,” ujarnya.
Untuk rekod, Aaron telah mendirikan rumah tangga bersama Diana pada 2003 dan dikurniakan tiga anak iaitu Danish Anaqi, 18, Dwi Ariana, 17, dan Dahlia Arissa, 13.