Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan akan membuat pembayaran dalam satu bayaran sahaja bermula 20 April depan. Maknanyaa, kali ini KWSP akan bayar terus RM10,000 kepada pencarum yang membuat permohonan pengeluaran, dan tak ada lagi bayar sikit-sikit macam sebelum ini.
Maklumat terkini itu dimaklumkan KWSP di Facebooknya sebentar tadi dan mengesahkan akan membuat pembayaran sekali gus kepada pencarum.
Ini kerana sebelum ini ramai pencarum tertanya-tanya kaedah pembayaran yang akan dibuat KWSP adakah seperti pengeluaran I-Lestari dan I-Citra yang dikreditkan tiap-tiap bulan kepada pencarum.
Ahli KWSP yang ingin mengeluarkan simpanan mereka di bawah kemudah Pengeluaran Khas ini boleh berbuat demikian melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my yang boleh di akses melalui aplikasi mudah alih i-Akaun bermula 1 April.
Semakan status permohonan boleh dibuat bermula 9 April 2022 melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my
KWSP turut berkongsi beberapa maklumat ringkas berkenaan pengeluaran khas ini antaranya;
Minimum pengeluaran RM50
Amaun pengeluaran minimum RM50, amaun maksimum RM10,000 tertakluk kepada baki akaun 2, jika tidak mencukupi akaun 1 akan digunakan
Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam akaun 1. Pembayaran dibuat dalam satu bayaran sahaja (single payment) mulai 20 April.
Pembatalan permohonan dan pindaan amaun tidak dibenarkan.
Bayaran pengeluaran khas diberikan keutmaan berbanding pengeluaran lain