Kami bangga dengan YB Khalid, kata penyokong AMANAH

  • Post author:
  • Post comments:0 Comments

Para penyokong Parti Amanah Negara (AMANAH) sederap bangkit dan berkata, “kami bangga dengan YB Khalid Samad” apabila sesetengah pihak perli, perleceh dan mempermainkan isu beliau berkahwin baru-baru ini.

“Tahniah YB Khalid, tak mainlah pakai videocall. Nak kahwin lagi buat dengan cara yang betul, GENTLE,” tulis Asmaaliff Abdul Adam menerusi facebook beliau apabila ada pihak yang viralkan gambar pernikahan Ahli Parlimen Shah Alam itu.

Khalid telah membuat permohonan secara rasmi kepada Mahkamah Syariah Shah Alam untuk berpoligami. Ekoran itu selepas perbicaraan, mahkamah membenarkan Khalid berpoligami selepas syarat yang diminta oleh isteri pertama beliau dipersetujui oleh Khalid.

Ekoran itu, gambar yang didakwa sebagai Khalid bersama iateri baru beliau ditularkan dan menerima sindiran dari sesetengah pihak.

“Congratulations 🎉🎊🎈ini macam la baru YB .. gentleman, berani. Semoga diberkati dan bertambah rezeki,” kata Mohd Ridzman Ramli ketika mengulas gambar itu.

Mohd Khairul Afandi Ibrahim pula menulis, “apabila Khalid Samad nikah ikut Undang-undang Malaysia ada yang manusia kemukinan jiwa rosak.. kecam.. Sindir..

“Yang nikah di Siam.. Nikah online korang diam pulak.. Kahkahkah kalau sembang, beras kita beli tetapi tak berani nikah lebih 1 secara terang terang, baik ko post dalam FB pasal masak masak,” tulis beliau.

Beliau juga mengaitkan berita Terengganu tidak ada telor dengan isu ini.

“Sampai Terenganu tak ada telor hahahaha.. Yang cengirrrr pun ramai ikut petua, memohon maaf itu lebih mudah dari meminta izin, tak nak tag nama depa nati kantoi.. habis periuk belanga terbang pulak hahahaha.

“Tahniah Hj Khalid Samad.. Semoga berkekalan hingga ke Jannah,” tulis beliau.