Dek kerana kemiskinan penulis ini tidak pernah dibawa lihat dunia luar oleh ibu bapanya. Dia juga tidak pernah makan di kedai hanya makan makanan yang dimasak oleh mak. Disebabkan itu, dia jadi sukar untuk menyesuaikan diri di universiti. Ikuti kisah ini.
Aku dulu asal kampung, asal dari Felda kat Raub, Pahang. Masa 90-an kami orang Felda hidup susah, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Makan nasi dengan ikan kering aje itu biasa. Kami 7 beradik semuanya dan kami semua sekolah.
Ayah dengan mak asal Bachok, Kelantan. Kat sana lagi susah, sebab tu ayah bawa kami berhijrah. Alhamdulillah otak aku pandai, dapat masuk university lepas dapat 7A dalam SPM. Mulalah aku keluar dari kepompong kampung.
Dari sunyi dan hijau suasana kampung, datang KL tiba-tiba tengok bangunan tinggi-tinggi, jalan besar, kereta banyak, jam kat mana-mana. Aku jadi takut. Lepas seminggu masuk UIA aku balik kampung. Sebab apa? Aku sakit.
Aku tak boleh sesuaikan diri dengan dunia baru. Culture shock, aku loss. Lepas SPM dan masuk university aku tak reti nak teruskan hidup di university. Benda asas dan simple dalam hidup tapi aku tak reti. Waktu lunch kat universiti aku pergi cafe aku tak reti nak pilih makanan. Clueless. Aku pernah makan tapi muntah.
Aku muntah sebab aku tak biasa dengan makanan luar, aku cuma makan lauk mak aku masak selama ni. Bayangkan time tu minggu orientasi, siksanya rasa sebab tu aku sakit. Dahlah sakit nak order makan kat kedai pun tak reti, makanan panas tu apa benda, aku tak tau.
Mak, ayah aku memang tak pernah bawa pegi makan luar selama 18 tahun waktu tu aku hidup. Kita orang memang tak pernah makan kedai langsung. Ayah aku jela, kitaorang tak. Mungkin ramai tak percaya, tapi betul aku tak biasa makan kedai, aku memang makan kat rumah je apa yang mak aku masak aku makan.
Kalau balik kampung dari Pahang ke Kelantan, mak aku akan masak. Mak ngan ayah aku akan berhenti makan tepi jalan dan makan bekal yang kami bawa. Kami takkan stop makan kat luar. Makan luar cuma kat kenduri je, tapi lauk kenduri lain cerita. Bukan sebab hebat, sebab kami miskin.
Lauk aku yang biasa makan cuma ikan kering, pucuk paku goreng, daun ubi kayu, ikan rebus goreng, siput sedut masak lemak pusing-pusing itu jelah, ayam jarang sekali. Lauk pauk kalau ada, adalah kalau takde memang tak makan atau makan nasi kosong jela.
Lagi satu aku tak biasa bergaul. Dahla aku pendiam. Kawan pun dengan kawan-kawan kampung je. Dengan budak-budak UIA time tu assabiyah bukan main, Allahu ujian betul. Bayangkan satu sekolah agama diorang masuk UIA jumpa geng la. Aku terkebil-kebil seorang diri.
Minggu orentasi kat UIAM ni pelik sikit, time tu lah kena exam bahasa Arab, exam English, kena exam mengaji lagi, just sebab nak tengok kita level mana. Siap kena join qiam kena bangun pukuI 4 pagi nak kena Qiam.
Aku yang tak reti qiam semua ni, yang tak biasa join program ni semua, memang aku collapse, aku sakit, time tu aku rasa mungkin aku kena berhenti study sebab aku tak reti nak hidup. Aku sekolah harian kampung weh, mana ada program qiamullail, program dengan faci ni semua. Dah lah aku tak pernah keluar dari Raub. Bayangkan aku lost macam mana.
Aku tak tau kat Johor ada apa, dekat Perak ada apa, Nilai pernah dengar nama je. Aku cuma pegi Raub dengan Kota Bharu je. Kuantan pun aku tak pernah pegi. Sebab kan keluarga kami miskin. Jangan pikir nak jalan-jalan ke, bercuti ke Cameron ke, itu bukan kamus hidup aku.
Kalau cuti sekolah seminggu, 2 minggu, sebulan memang hari-hari tengok tv je. Memang takkan keluar ke mana. Sebab kami miskin, duit takde nak makan pun susah jangan pikir nak jalan-jalan. Lagi satu mak aku tak suka kalau aku ikut rombongan ke Langkawi ke, Penang ke, mungkin sebab duit, dia takut kena keluar duit banyak.
Tapi entahlah mungkin nak control aku juga. Time aku kat university pun aku nak join program kolej, program club, mak aku selalu bagi signal NO. Aku pernah nak join program keluarga anak angkat zaman dulu famous kan, laju je mak aku cakap No, walau no cost involve.
Mak aku kalau boleh nak aku study je, boyfriend tak bagi, tak bagi pergi jalan mana-mana semua tak boleh. Kalau nak pergi kena senyap, kalau tanya dia mesti No, kalau dia dah No kita pergi juga aku pernah kena, bas tu rosak. Jadi aku trauma nak join apa-apa program. Aku nangis, aku takut.
Aku memang tak salahkan mak ayah aku, tapi yalah kalau ada duit lebih, ada peluang bagiIah anak explore dunia, jangan sekat-sekat. Aku punya transition dari budak sekolah ke budak university tu macam ada hiccup and risky, sebab aku collapse dan hampir give up study, just atas alasan culture shock, homesick, dan tak reti nak sesuaikan diri.
Kita parents kongkong anak tapi bila sampai masa dia kena jalan sendiri, takde siapa boleh tolong dia. Time tu dia susah. Takkan mak nak masuk sekali university belajar dengan anak kan. Kita kongkong anak kita makan jajan semua kat sekolah tapi kawan-kawan dia semua makan, dia terkebil-kebil seorang diri. Kesian juga. Jadinya biarlah berpada, dan encourage la anak untuk explore kehidupan. – Atiqah (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Nampak senang tapi ramai yang selalu gagal, ini cara buat telur separuh masak yang ‘perfect’