Seorang gadis berusia 10 tahun dilaporkan meninggal dunia setelah menyambut ulang tahunnya di Punjab, India Utara.
Pihak berkuasa sedang berusaha menyiasat kes ini, yang terjadi setelah keluarganya memesan sepotong kek coklat melalui pesanan dalam talian dari sebuah kedai roti di Patiala.
Hanya beberapa ketika selepas memakannya, seluruh keluarga mengalami gejala keracunan makanan seperti mual dan muntah.
Menurut datuknya, Harban Lal, gadis berkenaan, yang dikenali sebagai Manvi, mula muntah setelah memakan kek itu, pada petang 24 Mac yang lalu.
“Dia tidur malam itu tetapi keadaannya bertambah teruk selepas bangun keesokan harinya. Keluarga kami segera membawanya ke hospital,” katanya.
Mereka mengatakan cucunya telah diberikan bantuan oksigen dan menjalani elektrokardiogram, suatu ujian diagnostik yang mengukur aktiviti jantung, tetapi sayangnya beliau disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Keluarga tersebut mendakwa bahawa kek itu tercemar, dan mereka telah membuat laporan polis terhadap pemilik kedai roti tersebut.
Keluarga itu juga mendakwa bahawa nama kedai roti pada bil dan nama kedai yang sebenarnya tidak sepadan.
Selain itu, mereka menuduh bahawa jabatan kesihatan tempatan tidak memberikan perhatian yang mencukupi terhadap isu tersebut.
Baca juga: Anak saudara ‘gigit jari’, makcik bergelar jutawan wasiat RM 25.59 juta kepada pekerja