Kanak-kanak 12 tahun dakwa dirogol rakan atas talian

Kanak-kanak 12 tahun dakwa dirogol rakan atas talian. Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun mendakwa menjadi mangsa rogol rakan lelaki dikenalinya menerusi aplikasi cari jodoh.

Memetik Harian Metro, kejadian tersebut berlaku dalam kawasan sebuah bengkel di Kemamam kira-kira 9 malam pada Khamis lalu. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Suffian Sulaiman berkata, mangsa sebelum itu bersama ibunya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk melawat ahli keluarga di hospital berkenaan kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Menurutnya, mangsa bagaimanapun hanya menunggu di lobi hospital sebelum dia meminta rakan lelakinya yang baharu dikenali menerusi aplikasi berkenaan membawanya ke Kemaman.

Sebaik sampai di sebuah stesen minyak di Kemaman, mangsa dijemput suspek yang juga baharu dikenalinya sebelum lelaki terbabit membawanya bersiar-siar di sekitar kawasan berkenaan.

“Ketika berada di dalam kereta, mangsa memaklumkan suspek memberikannya minuman menyebabkan dia mengantuk sebelum suspek membawa mangsa ke kawasan sebuah bengkel.

“Mangsa kemudian tertidur dan terjaga apabila suspek bertindak menanggalkan seluar lalu merogolnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Suffian berkata, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Kemaman kira-kira jam 5 pagi pada Jumaat.

Susulan laporan dibuat mangsa, suspek berusia 28 tahun dan bekerja sebagai mekanik ditahan kira-kira jam 2 petang di sekitar daerah Kemaman.

Suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Diharapkan supaya semua lebih berhati-hati terutamanya ketika berjumpa orang untuk kali pertama tambahan lagi yang dikenali secara atas talian, ambil langkah berjaga-jaga dan cuba untuk tidak menerima minuman mahupun makanan.

Baca Juga: Pelajar langgar dua pemotong rumput hingga maut, mengaku tidak bersalah

Baca Juga: Kos gandum mahal, restoran mamak dijangka naikkan harga roti canai?