Permainan video lagenda yang sinonim dengan ‘kotak-kotak’ itu dipercayai dibina oleh seorang jurutera perisian Soviet Union pada 1984.
Namun, sukar untuk dipercayai bahawa tiada pemain yang pernah bermain hingga ke hujung permainan Tetris ini.
Seorang kanak-kanak dari Oklahoma, Amerika Syarikat (AS), telah mencipta sejarah dengan menjadi manusia pertama yang berjaya menamatkan permainan tersebut.
Willis Gibson, 13 tahun berjaya meng’crack’ permainan tersebut pada bulan lepas ketika melakukan ‘live’ ketika sedang bermain.
Dia turut berhasil meraih gelaran ‘True Killerscreen’ dalam masa 38 minit, menjadikan ia sebagai pencapaian sejarah besar dalam peradaban manusia.
Setelah menamatkan permainan, skrin memaparkan semua blok jatuh dengan kelajuan tinggi dan menyebabkan permainan ‘crash’ dengan serta merta.
Pada ketika itu, Gibson bermain di Level 157 dan mencapai skor maksimum, iaitu 999999.
Kanak-kanak ini mula bermain Tetris seawal 11 tahun dan berlatih kira-kira tiga hingga lima jam setiap hari.
Baca juga: “Mertua guna nama suami beli rumah mewah, rupanya memang ada niat nak aniaya kami laki bini”