Jadi trending! Kanak-kanak seluruh dunia serang Israel dalam Game popular ‘Roadblox’

Lebih 200 kanak-kanak daripada beberapa negara mengambil inisiatif mewujudkan satu perhimpunan dalam permainan video Roblox bagi menyatakan solidariti kepada Palestin.

Roblox merupakan satu platform sistem pembangunan pemain yang membolehkan pengguna mereka bentuk dan memainkan pelbagai jenis permainan yang dilakukan oleh pengguna lain.

Kekejaman tidak masuk akal apabila Israel kini menumpukan agenda genosid bagi menghapuskan seramai mungkin pelapis dan generasi muda warga Palestin.

Perkara itu terbukti apabila 64 peratus daripada lebih 3,300 mangsa yang terbunuh susulan serangan Israel sejak 14 hari lalu adalah golongan kanak-kanak dan wanita.

Sehingga kini lebih 1,000 kanak-kanak Palestin di Gaza dibunuh tentera Israel sejak 7 Oktober lalu, Ini bersamaan seorang kanak-kanak Palestin dibunuh setiap 15 minit sejak tentera Israel melancarkan serangan ketenteraan besar-besaran di Semenanjung Gaza.

Terbaharu, satu fenomena unik berlaku apabila sebuah video permainan berjudul Roblox yang memperlihatkan sejumlah pemain melakukan protes sebagai tanda solidariti Palestin secara virtual menjadi tular di internet.

Apa yang menariknya, permainan yang biasa didominasi oleh kanak-kanak ini telah berjaya mengumpulkan seramai 200 pemain di dalam perhimpunan virtual tersebut.

Karakter mereka dilihat mengibarkan bendera Palestin bersama negara yang mewakili yang mana majoritinya adalah warga Malaysia. Malah, dilaporkan perhimpunan ini juga disertai beberapa negara lain yang turun ke dalam perhimpunan solidariti maya itu.

Di samping itu, terpampang jelas banner yang tertera Solidarity Untuk Mu Palestin berserta kibaran bendera Palestin menerusi sepanjang jalan di dalam permainan itu.

Di samping itu, seorang pengguna X daripada Algeria telah berkongsi bahawa sepupunya yang berusi 15 tahun telah menyertai protes di dalam roblox itu. Selepas itulah, sejumlah media popular mula berkongsi video tersebut kerana dianggap unik dan kreatif.

Menerusi pencarian kami, perhimpunan solidariti ini memang diadakan oleh seorang streamer tempatan bernama Cikgu Zyd Gaming. Jadi, tidak hairanlah boleh dilihat sejumlah pemain mengibarkan bendera Malaysia dan berbual dalam bahasa melayu.

Baca juga: Selepas 3 hari kahwin isteri kemas beg cabut lari lepas tahu suami gaji RM1,170 sebulan