Kantoi bercinta dengan Mat Bangla akhirnya keluarga tahu- Ayah ok mak susah nak terima pada awalnya tapi…

Percintaan yang dibina sejak setahun yang lalu akhirnya kantoi apabila kakak kepada perempuan yang bekerja ditempat yang sama pecah rahsia.

Sejak daripada itu percintaan perempuan dengan mat Bangla terpaksa diberitahu kepada kedua-dua ibu bapanya, malanganya ayahnya boleh terima tetapi ibunya sukar untuk terima.

Bagaimanapun kedua ibu bapanya terpaksa akur dengan pilihan calon suami oleh anaknya, perkahwinan terpaksa dilangsungkan bukan di sini tetapi di Bangladesh.

Perkenalan di tempat kerja membuka pintu hati Nur Nadhirah Roslee, 26, untuk mengenali pemuda warga Bangladesh, Mohammad Samim Hossain, 25, dengan lebih dekat.

Mereka diijabkabulkan pada 29 Mei lalu di kampung halaman Mohammad Samim dekat Joypurhat, Bangladesh.

Menurut Nur Nadhirah, dia berkenalan dengan suaminya itu kira-kira empat tahun lalu kerana kebetulan bekerja di tempat yang sama iaitu sebuah kilang di Meru, Klang, Selangor.

Nur Nadhirah dari Kampung Nesam di sini, berkata, keserasian yang ada membuatkan hubungan mereka semakin rapat hingga timbul perasaan cinta.

Ketika di satu tempat kerja beiiau adalah penyelia dan bertanggungjawab menjaga kebajikan pekerja manakala suami bekerja sebagai operator pengeluaran dan mulanya takut juga tengok dia mungkin kerana tak kenal.

Bertitik-tolak daripada situ, kami jadi semakin rapat hingga menjalin hubungan cinta. Di awal perkenalan, Nur Nadhirah terpaksa merahsiakan hubungannya dengan suami kerana belum bersedia untuk berterus terang.

Setahun kemudian, barulah Nur Nadhirah memberitahu hal sebenar kepada keluarga bagi mendapatkan restu ibu bapanya.

Saya sembunyikan hubungan dengan suami daripada pengetahuan keluarga ketika tahun pertama perkenalan kerana bimbang penerimaan mereka jika dapat tahu mengenainya.

Akhirnya ‘kantoi’ juga kerana kakak bekerja di tempat sama dan dapat tahu saya bercinta dengan suami.

“Jadi, lebih baik saya berterus terang dengan keluarga dan ayah okay cuma emak susah nak terima pada awalnya tetapi akur juga dengan pilihan saya menjelang pernikahan,” katanya.

Nikah di Bangladesh kerana permit kerja

Mengikut perancangan, Nur Nadhirah berhasrat melangsungkan akad nikah di tanah air namun terbang ke Bangladesh untuk majlis itu kerana masalah permit kerja suaminya.

Disebabkan perancangan sudah dibuat jadi teruskan pernikahan di kampung halaman suami, bahkan terbang ke sana bersama-sama ibu ayah serta adik.

Seminggu juga di sana (Bangladesh) dan bersyukur kerana majlis pernikahan berjalan lancar, malah keluarga mentua juga sambut kami dengan baik.

Berhubung perkongsian di TikTok, Nur Nadhirah bersyukur kerana ramai mendoakan dan memberi reaksi positif terhadap hubungannya dengan suami.

Berdasarkan perwatakan suaminya yang menyerupai warga tempatan, ada yang menyifatan kenapa beliau tidak kahwin dengan warga Melayu.

Jujurnya beliau sendiri tak menyangka akan berkahwin dengan warga asing kerana tidak dari keluarga saya begitu.

Tetapi buat masa ini, kami tinggal berjauhan selama enam bulan kerana suami masih berada di Bangladesh.

Baca juga: Curi 35 kilogram makanan dari meja bufet terbongkar bila pelancong rancang tinggalkan hotel