Kantoi curang, wanita ini dipaksa makan najis teman lelaki

Seorang lelaki telah didakwa kerana memaksa teman wanitanya memakan najisnya selepas didapati wanita itu curang bersama lelaki lain.

Kejadian ini berlaku di Cilandak, Jakarta, Indonesia. Sebelum kejadian terbabit, dikatakan suspek telah melihat seorang lelaki keluar dari rumah teman wanitanya. Suspek cuba mengejar lelaki itu tetapi, tidak berjaya.

Dalam keadaan suspek yang marah itu, dia telah ke tandas untuk membuang air besar. Setelah selesai, suspek keluar membawa najisnya dan melumurkannya ke muka wanita itu dan memaksanya untuk makan.

Susulan kejadian tersebut, suspek juga didakwa kerana memukul teman wanitanya di bahagian muka dan tangan.

Baca juga: https://themalaysialife.com/nak-jimat-duit-punya-pasal-lelaki-ini-beli-gigi-palsu-6-set-secara-online-akhirnya-tak-boleh-pakai/