Kantoi !!! Janda dicekup buat “projek” dengan lelaki dalam bilik

Seorang duda ditahan kerana bersekedudukan dengan seorang wanita berstatus janda di sebuah hotel bajet di Padang Temusu kira-kira 11.40 pagi pada Ahad.

Ketua Pegawai Penguat kuasa Agama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pasangan berusia 32 dan 38 tahun itu ditahan berdua-duaan dalam sebuah bilik ketika serbuan dilakukan.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen yang diminta kerana tiada sebarang ikatan perkahwinan yang sah.

“Setelah pemeriksaan dibuat, mereka mengaku pernah berkahwin sebelum ini dengan pasangan masing-masing namun sudah berpisah,” katanya ketika mengetuai operasi yang dijalankan sekitar Daerah Kuala Muda pada Ahad.

Sementara itu, katanya, anggota penguat kuasa yang membuat pemeriksaan di sebuah bilik lain di premis sama, mengesan terdapat kunci bilik ditinggalkan di luar.

“Pemeriksaan selanjutnya menemui sepasang kekasih berusia 20 dan 23 tahun sedang berdua-duaan di dalamnya.

“Mereka mengaku datang dari Alor Setar semata-mata mahu menghabiskan masa bersama dengan menempah bilik untuk beberapa jam,” katanya.

Menurut Radzi, operasi membabitkan 35 anggota dari JHEAIK, Pejabat Agama Daerah Yan dan Kuala Muda, Cawangan Penyiasatan Khas serta bantuan badan bukan kerajaan (NGO) Skuad Badar itu berjaya menahan lima pasangan kekasih berusia antara 19 dan 38 tahun.

Operasi dijalankan bermula jam 11 pagi hingga 2 petang berdasarkan aduan awam.

Kesemua laporan tangkapan dibuat dan mereka diminta hadir ke Pejabat Agama pada tarikh ditetapkan untuk tindakan selanjutnya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.