Pas Selangor harini kesal dengan tindakan memalukan pemimpinya harini. Setiausaha Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir diserang melalui Twitter malam tadi sehingga terpaksa menutup akaunnya @RoslanSms.
Beliau diserang oleh pengguna Twitter yang menamakan dirinya Zack Rocktar berdasarkan akaun Twitter milik bekas Setiausaha Akhbar Presiden Pas itu sendiri yang didakwanya suka melayari laman-laman porno gay.
Sehingga ini lebih 25,100 orang telah melayari video yang dirakam Zack berdasarkan Twitter Roslan Sms itu.
Selain aktivis politik, Roslan adalah penulis tetap Harakahdaily dan Harakah.
Berikut merupakan kenyataan media dari Pas Selangor :
PAS Selangor kesal dengan tindakan-tindakan “pemain” politik dengan menggunakan serangan peribadi yang mengaibkan bukan hanya pada individu yang menjadi sasaran serangan akan tetapi memalukan pada generasi masyarakat.
Terkini apabila Tuan Hj Roslan Shahir Dato Mohd Shahir selaku Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Selangor yang akaun Twitter peribadi beliau di “hack” melayari laman prono yang menunjukkan rakaman video lucah.
Tindakan sebegini memalukan dan perlu ditolak agar budaya fitnah jahat untuk mengaibkan peribadi seseorang itu tidak berlaku pada masa akan datang.