Karya diharamkan, Anwar pernah selamatkan karier seni M.Nasir dulu

Perdana Menteri Malaysia ke -10, Datuk Seri Anwar Ibrahim rupanya ada sejarah panjang dengan penyanyi lagend negara Datuk M.nNasir. Sejarah yang tak mungkin semua tahu.

Ini didedahkan sendiri di laman twitter Abdul Rani Kulup Fans yang mengimbau kembali cerita karya M. Nasir hampir lenyap jika tidak Anwar Ibrahim yang selamatkannya.

“Ramai anak muda zaman sekarang yang tak tahu kalau tak kerana Anwar, karier M. Nasir dah lama terkubur. Ingat tak ketika karya M.Nasir diharamkan kerana sepotong kata-kata “Siapa Mahathir”

“Perdana Menteri waktu itu Tun Mahathir berada di luar negara dan Menteri KDN Megat Junid ketika itu mengambil tindakan mengharamkan karya M. Nasir tapi dengan kuasa Allah dan timbang rasa dari Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ketika itu maka pengharaman ditarik balik. “

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam hadir pada Konsert Datuk M N45IR Cipta di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam tadi.

“Terima kasih atas kesudian meraikan ulang tahun kelahiran saya.” , kata PMX di acara konsert itu.

Beliau turut meluahkan rasa kagum dengan kehebatan penyanyi lagu Suatu Masa itu.

“Memenuhi jemputan ke Axiata Arena malam tadi untuk menghadiri Konsert Cipta bagi menikmati suara emas dan maha karya seniman ulung Datuk M Nasir.

“Kagum dengan kehebatan suara beliau yang begitu hebat melantunkan lagu-lagu ciptaannya. Saya terkesan tatkala beliau menyampaikan lagu ‘tribute’ buat perjuangan rakyat Palestin,” katanya.

Lebih bermakna, M Nasir, 66, turut menghadiahkan pulut kuning kepada Perdana Menteri sempena ulang tahun kelahiran ke-77, semalam.

“Saya nak hadiahkan lagu pada seseorang iaitu Perdana Menteri. Tapi saya tak hadiahkan kek tapi pulut kuning,” katanya.

Baca: Harga ayam jatuh RM2 sekilogram, ini puncanya