Sekumpulan pakar bedah di Britain telah berhasil menjalankan prosedur pemindahan rahim pertama di negara tersebut yang melibatkan seorang penderma hidup, seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Sun UK.
Pesakit itu tidak dapat melahirkan kerana didakwa mempunyai masalah genetik namun identitinya disembunyikan.
Kakaknya yang mempunyai dua anak bertindak mendermakan rahimnya kepada adik kandungnya itu dalam prosedur yang baru sahaja diumumkan.
Pakar perubatan dari Kolej Diraja NHS Trust di London dan Hospital Universiti Oxford memerlukan hampir sembilan jam setengah untuk menjalankan operasi tersebut pada bulan Februari yang lalu.
Lebih daripada 30 kakitangan kemudian bergilir-gilir dalam syif untuk memantau pesakit selama 24 jam.
Proses tersebut berjaya dilaksanakan, dan penerima rahim sekarang merancang untuk menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) dengan matlamat untuk hamil pada akhir tahun ini.
“Ia adalah luar biasa. Ia mungkin minggu paling tertekan dalam kerjaya pembedahan saya tetapi hasilnya positif.
“Penderma dan penerima (rahim) gembira. Saya berpuas hati apabila penderma pulih sepenuhnya selepas pembedahan besar dan penerimanya dalam keadaan baik,” kata pakar bedah, Profesor Richard Smith.
Baca juga: Gila! Jururawat ini mengaku racun tujuh bayi hingga mati guna insulin