Pernikahan yang dimulakan dengan penipuan pastinya tidak akan bertahan lama.
Ia kerana pastinya ada perasaan marah dan dendam kerana ditipu malahan akan menyebabkan perbalahan berpanjangan.
Wanita ini berkongsi kisah dirinya yang ditipu bekas suami yang mengatakan kononnya mempunyai gaji puluhan ribu namun rupanya ditipu hidup hidup.
Saya tertarik menceritakan pengalaman hidup saya ini untuk dijadikan iktibar oleh gadis – gadis lain supaya tidak melalui nasib yang sama seperti saya lakukan. Kalau dah tersilap jangan teruskan, tak salah saya berundur ke belakang, mungkin banyak baiknya, jangan jadi macam saya dah tahu tersilap, tetapi teruskan juga.
Tapi mungkin saya kurang membaca dan tidak mendapat nasihat yang baik, saya naif mengikut aja kehendak hati dan perintah orang. Kerana itu saya tertarik untuk memberikan pandangan kepada masalah poligami.
Sebenarnya poligami itu jika dilihat dari satu sudut ia baik dan cukup indah, tetapi bila disalah gunakan, disalah tadbir ia jadi buruk, malah merosakkan hingga memalukan Islam. Semuanya kerana lelaki tidak faham poligami dalam erti kata sebenarnya.
Saya tidak nafikan mereka yang faham konsep berpoligami dan tahu nikmat kurniaan Ilahi pasti mereka tidak teragak – agak berpoligami, malangnya ramai yang kurang faham dan tidak diberikan kefahaman yang cukup. Lebih buruk kalau bertujuan untuk membalas d3ndam terhadap isteri yang sedia ada.
Untuk tidak membuang masa elok saya bercerita tentang pengalaman hidup yang telah membuatkan saya berpoligami. Saya berkenalan dengan bekas suami saya Shahdan memalui seorang kawan, saya tak diberitahu siapa dia sebenarnya.
Memang mereka bertujuan jahat dan hendak mengenakan saya. Tetapi selepas berkawan barulah saya dapat tahu yang dia mengaku dah kahwin dan mempunyai 3 orang anak. Memang saya terk3jut masih muda dah ada anak yang bersekolah tadika.
Berapa tahun umurnya ketika kahwin? Tapi waktu itu saya dah kenal baik, jadi saya tak banyak selidik siapa dia sebenarnya. Apa yang saya tahu dan dengar bahawa dia buat bisnes, dengan seluruh keluarganya. Bersama ibu bapa.
Isterinya pun turut terlibat dalam bisnes ini. Dan saya mengakui saya telah membuat kesilapan yang besar kerana tidak menyiasat siapa Shahdan ini yang sebenarnya setelah tahu dia sudah berkahwin. Kesilapan inilah yang saya kesalkan sampai sekarang.
Dan saya harap semua gadis janganlah melakukan kesilapan yang telah saya lalui ini. Jangan terima bulat – bulat cakap orang. Tanamkan sedikit dalam kepala saya rasa ingin tahu siapa orang ini, dia cakap bohong atau benar.
Namun selepas mengetahui dia dah kahwin, hati mula berbelah bagi, tetapi dia dengan beraninya memberi jaminan akan berlaku adil kalau berpoligami. Bila saya tanya apa kata isterinya, dia beritahu isterinya tidak membantah. Pelik jugak.
Lepas itu Shahdan dengan beraninya pergi berjumpa ibu bapa, adik beradik saya di kampung dan melahirkan hasrat hendak menjadikan saya isterinya, dia juga memberi jaminan depan ibu bapa saya akan menjaga saya dengan baik, berlaku adil dan tidak akan menganiaya saya.
Dia juga berjanji bahawa isterinya sudah mengizinkan. Ragu-ragu di hati saya terhapus bila Shahdan membuat permohonan cara betul bagi lelaki ingin berpoligami ke mahkamah syariah, dia isi borang, mendapat tandatangan isterinya, dan mendapat restu keluarganya, dan dibuktikannya.
Bila semuanya berjalan dengan baik, keluarga saya menerima dan kami pun berkahwinlah mengikut adat istiadat saya orang Melayu. Dalam borang dia memberitahu pendapatan bulanannya yang amat tinggi lima angka, hingga hakim tidak ragu – ragu benarkan dia berkahwin.
Yang peliknya hakim ataupun mahkamah syariah tidak pulak meminta bukti seperti slip gaji, borang cukai pendapatan atau apa juga yang mengiakan pengakuannya bahawa pendapatannya besar seperti yang dinyatakan.
Sedihnya lepas kahwin dia suruh saya tinggal di pejabat, tempat dia buat bisnes, katanya sabarlah duduk sini cuma sementara sahaja, bila rumahnya siap nanti dia akan bawa saya pindah. Kerana baru kahwin, masih manis, masih sayang saya percaya, dan ikut saja apa katanya, walaupun rasanya tak sanggup tinggal di rumah itu. Memang tak sesuai.
Duduk rumah setinggan pun rasanya lebih selesa dan lebih baik, paling tidak ada bilik, ada dapur dan ada ruang tamu. Ini bilik air dan tandas pun nun jauh dari bilik tidur. Saya rasa sungguh sedih, saya bukan pendatang yang mesti disorokkan, saya kahwin cara yang sah, tak lari ke Siam, tapi mengapa buat macam tu.
Sekarang ni bila saya teringatkan zaman tu rasa hina sangat jadi isteri kedua ni. Semuanya kerana tak mampu tapi nak kahwin jugak. Di bilik empat persegi itulah saya tinggal sendiri sepi, ketika dia balik ke rumah isteri pertama. Sabar saya pun ada hadnya.
Hati mula bertanya kalau benar pendapatan lima angka seperti tercatat dalam borang mohon berpoligami dahulu, takkan saya di tempatkan di bilik kecil lagi daif ini. Paling tidak dia sewakan saya rumah flat ke, apartmen ataupun rumah teres.
Setiap kali saya tanya bila nak pindah sebab saya tak larat duduk di bilik kecil ini, macam mana emak bapak nak datang menjenguk, dia suruh saya bersabar kerana rumahnya belum siap, itulah alasannya setiap kali ajak pindah.
Dia memang tak mampu sewakan saya rumah. Selidik punya selidik barulah saya tahu dia dan isterinya juga tinggal bersama emaknya. Seperti yang diduga, dia memang tak mampu, tapi nak berpoligami. Pengakuan pendapatannya dalam borang poligami dahulu semuanya tipu.
Dia memang tak ada duit, tapi dia ada sebab hendak poligami, antaranya kerana hendak balas d3ndam terhadap isterinya. Dalam pada bersabar saya pun hamil. Selepas bersalin dia hantar saya balik kampung, sebab tak ada orang nak jaga saya lepas bersalin.
Duduk di rumah emak tak sampai sebulan saya duduk di rumah kakak sebab di kampung susah nak berhubung, telefon bimbit tak boleh digunakan, maklum kawasan kampung belum canggih lagi. Sewaktu habis pantang dan saya perlu kembali ke KL untuk bekerja, barulah dia datang ambil saya dan dia letakkan saya di rumah emaknya, sedangkan dia tahu keluarganya memang tak sukakan saya.
Hendak tak hendak saya terp4ksa mengikut. Maklum sebagai isteri saya terp4ksa ikut arahan suami, begitu katanya. Malangnya selama dua bulan tinggal di rumah emaknya, jiwa saya sem4kin tertekan, dia tak mahu tidur di bilik saya bersama bayi kami, sebaliknya lebih selesa balik ke rumah bersama isteri pertama yang terletak berhampiran.
Saya cuma mampu melihat dan tak boleh menegur kehendaknya. Kesabaran saya sem4kin terhakis akhirnya saya pujuk dia bawa saya pindah rumah lain. Dan dia menurut. Tetapi sifat cemburunya menjadi – jadi kerana saya tinggal sendirian.
Satu hari dia terlihat SMS yang dihantar oleh kawan-kawan pejabat kepada saya dan itulah punca kepada perbalahan antara kami kerana dia cemburu. Setiap SMS yang terdapat dalam telefon saya disoal siasat, satu persatu.
Tuduhan demi tuduhan dilemparkan kepada saya. Kebetulan ada nama lelaki menjadi – jadi marahnya. Dia suruh saya keluar cari lelaki tu. Takkan saya nak panggil lelaki itu. Dia halau saya keluar rumah, akhirnya saya keluar ajak abang jumpa suami saya.
Sampai di rumah semua keluarganya sedia menunggu mereka tuduh saya macam macam dan halau saya keluar. Nak ambil anak mereka tak benarkan. Sanggup dia pisahkan saya dengan bayi saya yang ketika itu berusia 3 bulan.
Hampir dua bulan saya mer4na terpisah dengan anak. Saya tak kesal kalau dia ceraikan saya. Saya redha daripada dituduh jahat, lebih baik bercerai. Lagi pun dia tak pedulikan saya kerana hasutan emaknya yang tak sukakan saya.
Untuk mendapatkan anak, saya terp4ksa turun naik mahkamah syariah, akhirnya diputvskan bayi diserahkan kepada saya. Puncanya bila saya datang ke rumah emaknya nak tengok anak, saya tidak dibenarkan masuk. Saya terp4ksa panggil polis.
Kesnya melarat – larat dan berakhir saya diceraikan setahun kemudian. Saya tak peduli lambat atau cepat diceraikan, bukan saya nak kahwin lagi. Sekarang saya jadi ibu tunggal lebih 2 tahun pun saya tak teringat nak kahwin lagi. Anak lebih penting dalam hidup saya.
Dulu setelah dapat tahu dia dah berkahwin, ada isteri, saya terfikir nak putuskan hubungan, malah saya jauhkan diri. Tetapi kerana saya masih muda mudah percaya cerita orang, cepat bersimpati, akhirnya saya terpik4t dan jatuh cinta dengannya. Terutama bila dia sering ceritakan masalah rumah tangganya berantakan kerana masalah isterinya.
Saya terima Shahdan walaupun saya terp4ksa berhadapan dengan cacian dan m4ki hamun keluarganya terutama ibunya sendiri. Saya hairan mengapa bekas ibu mertua saya ini men3ntang keras perkahwinan kami sedangkan hubungan saya dengan madu saya ketika itu cukup baik.
Saya dapat tahu kemudiannya bahawa bekas mertua saya ni pun dahulu bermadu, sebab itu dia benci sangat orang bermadu atau berpoligami. Setelah bercerai masalah saya tentulah pasal nafkah anak tak pernah diberi, apa lagi nafkah edah dan mutaah.
Dah dua tahun dia langsung tak bantu. Tapi dia dan keluarganya masih tak malu hantar mesej nak tengok anak saya. Mengaku anak konon, tapi tak mau bagi nafkah. Setelah bercerai saya terfikir jika benar isterinya tak pandai layan dia, tak jaga makan minumnya, mulut jahat, buruk kelakuan, tak pandai masak dan sebagainya kenapa dia masih simpan isteri pertamanya? Apa yang dapat saya simpulkan memang Shahdan tak pandai jaga isteri. Tak bertanggungjawab dia cuma pentingkan diri sendiri.