Katak ‘dikahwinkan’ untuk gembirakan dewa hujan

Katak ‘dikahwinkan’ untuk gembirakan dewa hujan. Upacara yang diadakan di Gorakhpur adalah untuk meminta hujan di Uttar Pradesh. Negeri itu dikatakan menerima hujan kurang daripada biasa pada musim monsun kali ini.

Dua ekor katak itu ‘dikahwinkan’ dalam satu ritual di negeri Uttar Pradesh, India sebagai usaha menggembirakan dewa hujan, lapor stesen penyiaran NDTV.

Orang ramai hadir beramai-ramai untuk menyaksikan ‘perkahwinan’ berkenaan yang diadakan di kuil Kalinari.

“Seluruh kawasan menghadapi situasi seperti kemarau. Lima hari bulan Sawan (sebulan dalam kalendar Hindu) sudah berlalu tetapi tidak ada hujan turun.

“Kami berharap upacara ini akan berjaya dan hujan akan turun di kawasan yang semakin kering,” kata wakil sebuah persatuan agama Hindu, Ramakant Verma.

Orang ramai yang hadir menegaskan bahawa upacara itu pasti akan berhasil dan mereka akan mendapat kelegaan daripada cuaca panas terik. – Agensi

Baca Juga: Wanita tidak mahu teruskan perkahwinan kerana kulit pengantin lelaki terlalu gelap

Baca Juga: Kawal dulu ketirisan, naikkan OPR sepatutnya jadi pilihan terakhir kerajaan