Katerer tidak muncul-muncul walaupun berkali-kali hubungi akhirnya saudara mara dikerah setup dewan serta makanan.
Tular di Facebooknya dan TikTok salah seorang ahli keluarga tampi menohon maaf kepada tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan adiknya hanya dapat menjamu juadah sekadarnya sahaja.
Burhanuddin Rabani melalui Faceboknnya serta mewakili keluarga Ust Shukor memohon ribuan kemaafan kerana kekurangan dipihaknya, beliau telah menjadi mangsa penipuan sebuah ketering.
“Katerer ARC Catering yang ditempah oleh adik kami tidak hadir. Banyak kali kami cuba call tapi tak respon.
“Total tempahan yang dah dibuat untuk 1000pax. Pening kami nak fikir,”katanya.
Pihaknya menunggu semapai malam tadi sampai pukul 9 malam memang takde respon, so kami decide adik beradik untuk masak sendiri. Hanya kemampuan kami untuk siapkan dalam anggaran 400pax makanan. Itupun sekadar lauk ayam gulai, sambal belacan, buah dan ulam-ulaman.
Maka berpecahlah kami beberapa kumpulan semalam. Ade yang cari set meja dan kerusi, ade yang cari periuk-periuk besar, ade yang cari barang-barang untuk masak. Syukur semua Allah mudahkan.
Malam tu juga kami susun meja kerusi mana yang dapat, malam tu jugak kami cuba dapatkan ayam. Basuh semua siap-siap. Blend bahan-bahan untuk masak gulai ayam.
Esok lepas subuh kami terus masak ramai-ramai adik beradik ipar duai. Syukur sebelum pukul 11 pagi semua dah siap hantar ke dewan.
Maka, kami harungi hari besar adik kami dengan sebaiknya. Kami setup semua sendiri. Dalam kesedihan kami atasi semuanya dengan semangat. Kami yakin kami boleh buat semua ni.
Alhamdulillah. Hari ini semuanya berjalan dengan baik. Walaupun hanya ada 1 lauk. Ade yang datang sponsor apam balik, popcorn, kuih muih. Semua datang dan buat dengan penuh kasih sayang.
Allah Maha Kaya, sampai habis majlis lauk-lauk masih ada. Tak habis pon. Syukur semuanya cukupp..
Terima kasih semua yang hadir harini. Allah beri kami ujian sesuai kemampuan kami. Allah uji kami sebab Allah sayang kami.
Apa pon, report polis dah dibuat oleh pengantin. Semoga ada sinar untuk dapat semula 13k yang dah lesap. Dia simpan duit untuk majlis kahwin bukan sebulan dua. Lama dia simpan,.akhirnya kena tipu macam tu je.
Allah Maha adil. Allah Maha Pengasih.
Terima kasih permudahkan urusan kami walaupun semuanya kami terpaksa buat last minit.
Tahniah Pengantin baru adikku sayang Raudhah Sakinah dan Syahid Khalid . Moga dengan ujian ini menguatkan ikatan perkahwinan yang terbina. Moga Allah berkati kita semua.
Saya letak page katerer scammer di bahagian komen.