Katil anti-maksiat di penempatan atlet Olimpik

Olimpik adalah sukan berprestij di dunia yang menggabungkan semua negara-negara yang layak bertanding mengikut merit atlet masing-masing.

Namun tahukah anda di penempatan atlet sukan olimpik, penganjur menyediakan katil dari bahan kitar semula. Ia didedahkan oleh seorang atlet jarah jauh dari Amerika Syarikat, Paul Chelimo. Namun yang menariknya Paul turut mengatakan ia adalah katil anti-maksiat!

Pelari jarak jauh dari Amerika Syarikat mendakwa di Twitter bahawa tempat tidur yang disediakan ini tidak mampu untuk menyokong lebih dari satu orang dan ia “bertujuan untuk menghindari hubungan akrab di antara atlet.”

Bagaimanapun, walaupun Rhys berjaya membuktikan bahawa katil itu mampu menahan lebih dari satu orang.

Para pegawai Olimpik menitikberatkan agar semua atlet untuk tidak menggunakan katil tersebut untuk tujuan lain. Siap dengan buku panduan dari pihak penganjur, di dalamnya tertera nasihat untuk para peserta untuk “menghindari bentuk hubungan fizikal yang tidak perlu seperti pelukan, high-five dan bersalaman.”

baca: Cara pendekkan loan rumah yang buat bank bencikan anda