Merancang keluarga sangat penting dalam keadaan ekonomi yang sedang gawat ini. Merancang keluarga dapat membolehkan kita untuk merancang ekonomi keluarga agar anak-anak dapat membesar dalam keadaan yang serba lengkap. Luahan kali ini untuk menegur golongan yang sakan menambah anak tanpa memikirkan nasib si anak kemudian hari.
Salam semua. Aku Cempaka, telah berkahwin dan dikurniakan seorang baby girl yang sangat comel dan pandai. Jadi selepas aku berkahwin, aku berkawan jugak lah dengan isteri kepada kawan-kawan suami aku ni.
Mula-mula aku macam boleh ngam, tapi lama kelamaan, aku rasa macam tak boleh go dengan sorang antara kami berempat ni. Jadi untuk dipendekkan cerita, kami bersalin dekat-dekat. Dan anak kami berempat pun tak jauh beza, ada yang beberapa bulan dan ada yang beberapa hari.
Antara kami berempat, dua antara kami bekerja, dan aku dan seorang lagi, yang aku namakan Ros ni, tak bekerja. Aku sebenarnya bekerja sebelum ni. Tapi disebabkan anak aku makin membesar, aku berhenti sekejap untuk fokus menyusu badan sepenuhnya dan besarkan dia.
Tapi, sebelum aku berhenti, aku memang ada sedikit simpanan kecemasan, dan boleh dikatakan ada beberapa barang kemas sebagai aset kalau sesak. Tapi mintak jauh lah, harap-harap semuanya cukup dan tak perlu untuk gadai.
So aku nak cerita pasal si Ros ni. Ada satu hari tu, kami pergi lepak berempat di rumah salah seorang kawan suami aku ni. Kebetulan rumah dia tu dekat dengan tempat makan yang aku memang teringin nak makan, aku pun ajaklah diaorang ni untuk lunch di sana.
Yang Ros ni cakap, dia takde duit, next time lah. Dia cakap juga, dia terpaksa tukar susu anak dia daripada yang mahal kepada yang murah sebab kos sara hidup sekarang. Suami dia sorang je yang bekerja pulak tu.
Aku pun macam fikir-fikir, alah berapa RM lah sangat makan kat kedai tu, memang aku niat nak belanja je diaorang sebab serious kedai tu memang murah. Jadi kami pun pergi makan dan ok lah semuanya takde pape berlaku. Selang 3 hari daripada hari lepak kami, Ros ni message aku. Katanya nak minta tolong. Aku dah seram sikit ni. Hahaha.
Aku macam dah boleh agak, apa benda dia nak minta ni kan. Rupanya dia nak mintak pinjam duit aku. Aku sejenis yang memang tak akan bagi orang pinjam duit sepanjang aku hidup. Kalau orang tu betul-betul susah, memang aku sedekah je. Sebab aku tak nak mengemis dan tak nak rasa tak best bila orang tak bayar balik duit aku.
Korang faham kan perasaan aku.. Weh sepanjang dia mesej aku tu, dia sangat sangat memaksa ye nak pinjam jugak. Dan macam-macam alasan lah dia bagi untuk pinjam duit tu antaranya susu anak dia habis. Aku macam tak boleh brain, takkan suami kau tak beli susukan.
Plus, kau kata kau menyusu badan, anak pun dah lebih setahun. Entahlah aku malas nak fikir, dan akhirnya aku tak bagi pun pinjam. Sebenarnye aku tak bagi dia pinjam sebab aku rasa macam dia nak ambil kesempatan kat aku setelah dia tengok kehidupan family aku dan mungkin selepas aku belanja tu dia ingat aku kaya?
Hahaha, aku pun tak tahu. Tapi aku memang tak rasa nak bagi. Jadi tak lama lepas tu, dia update status kat fb, tulis yang dia dah lewat period beberapa hari, dan mengharapkan dia mengandung. Aku macam jammed kejap. Ko ni biar betul???
Dah lah susu anak pun ko tukar daripada mahal ke murah, pastu ko tahuuuu kewangan suami ko tak stabil, lagi ko nak beranak? Aku betul-betul tak boleh go lah dengan orang-orang macam ni. Aku faham kalau ko nak tambah umat, tapi tanggungjawab tu no 1.
Untung pengetahuan pembaca, dia sejenis tak boleh handle anak dia ye. Kalau anak dia mengamuk memang laki dia je mampu handle. Ko sendiri tulis ko stress jaga anak sorang-sorang, lagi nak tambah anak.
Aku bukan apa, aku banyak dah tengok anak-anak yang dizaIimi mak ayah, takde tempat yang selesa pun untuk tidur, emotional torture, asyik kena marah dan jadi tempat lepas geram bila takde duit.
Ko pun tahu benda tu tapi sekarang dah zaman 2023 ni ko tak boleh ke pikir? Haihh aku memang tak boleh nak faham ape pemikiran dia. Aku mula perasan yang aku dah tersalah berkawan. Pemikiran diorang ni serious aku tak boleh nak hadam.
Diorang jenis takpe anak ada rezeki, tapi tak usaha pun nak cari rezeki tu. Dan aku pun mula jauhkan diri sebelum otak aku terbelit dengan pemikiran diorang ni. Jadi nasihat aku utk ibu bapa berakal di luar sana, PLAN lah family tu.
Baby tak bersalah, tak nak pun dilahirkan serba tak cukup, jadi kita yang berakal ni, janganlah menambah kalau tak mampu. Bahasa kasar sikit ye, kalau miskin, buat cara miskin. Jangan kau tambah masalah kat dunia ni. Kbye. Daripada, Kawan yang concern, dan tak boleh brain dengan manusia gini. – Cempaka (Bukan nama sebenar)