Hutang adalah pinjaman dari segi wang kepada orang lain apabila kita memerlukan wang dan terdesak untuk menggunakannya.
ALLAH SWT sudahpun meletakkan satu garis panduan yang kukuh bagaimana cara untuk berhutang. Seseorang yang berhutang disunatkan untuk menulis sebagaimana firman ALLAH SWT.
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermuamalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menulisnya…” (Surah al-Baqarah, ayat 282)
Tular kisah wanita ini yang memendam perasaan apabila keluarga suaminya kerap memerlinya yang tidak menjaga suami dengan betul namun apa yang dilakukan wanita ini bakal membuka banyak mata.
Assalamualaikum semua pembaca sekalian. Saya Mochi sekadar nak luahkan pendapat dan pandangan tentang surirumah yang seakan takde fungsi. Buat surirumah yang berfungsi janganlah terasa ye. Baca elok-elok luahan saya ni.
Pandangan saya berbunyi agak kasar dan saya harap netizen boleh berikan pendapat atau nasihat untuk saya hilangkan perasaan geram dan menyampah ini. Keluarga saya dan suami tidak setaraf. Keluarga saya boleh dik4takan orang senang.
Berpendidikan university, boleh bercuti ke luar negara setiap tahun. Rumah dan kereta beli first hand dan pandangan hidup kami lebih moden dan liberal. Manakala keluarga suami orang kampung. Belajar sampai SPM saja, ada juga yang tidak habis sekolah, rumah sekadar menyewa hingga tua, kereta pun beli terpakai saja. McD dan KFC dianggap makanan mewah.
Kalau saya sebut harga makan di Hard Rock cafe ada yang s4kit jantung. Tapi saya terima jodoh Allah beri kerana suami sangat baik orangnya. Pendapat saya tentang surirumah tak function ini terbentuk selepas saya berkahwin dengan suami.
Sebelum berkahwin saya tak pernah kisah sangat tentang surirumah kerana wanita dalam keluarga saya semuanya wanita berkerjaya. Kami telah dididik oleh atuk yang perempuan perlu bekerja, perlu ada financial infependence dari suami supaya sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini. Sekurangnya nasib kita dan anak-anak selamat lah juga.
Tetapi keluarga suami pula berlainan. Semua wanita dalam keluarga dia memang tidak bekerja setelah berkahwin. Mereka memang biasa dengan idea yang suami perlu menyediakan segala-galanya dan kerja mereka hanyalah menjaga rumah dan anak.
Bagi saya, sekiranya ada anak-anak kecil atau orang tua yang perlu dijaga itu takpelah kan. Sebagai surirumah, para isteri menjalankan tanggungjawab terbesar yang bukan semua wanita mampu tanggung. Saya memang hormat surirumah yang bersusah payah jaga anak-anak, urusan keluarga dekat rumah.
Yang menjadikan saya rungsing dan menyampah adalah sepupu – sepupu perempuan suami yang masih tiada anak, tiada orang tua untuk dijaga, kucing pun tiada, duduk rumah hanya termenung tengok tv, tenung FB. Takde kerja pun suka sangat meroyan dan meminta – minta.
M4kin menjadi sejak PKP yang lalu bila suami masing-masing hilang punca pendapatan dan sem4kin banyak keluhan diluahkan. Keluhan berbaur tidak bersyukur dan membuka aib sendiri. Orang luar tak perlu tahu pun duit sewa rumah tak boleh bayar dan akan dihalau bulan depan, duit simpanan dah habis, kereta pun hampir kena tarik.
Kemain bising – bising tanya di FB ada kerja kosong tak, sis dah kering ni tapi bila saya bagi cadangan jadi cashier dekat 7E, eh alasan pulak makan pakai suami siapa nak jaga. Suami u kerja dari pagi sampai malam baru balik, u mengangkang kat rumah pun tak jaga suami u.
Seharian u layan KDrama layan perut sendiri, takde buat bekal, waktu makan tengahari pun suami tak balik, apa function u duduk rumah sebenarnya? Keluhan banyak, action satu habuk takde. Lepas tu bila suami u kata malam ni kita makan nasi dan lauk kari telur u bising kat FB kata apalah nasib kahwin dengan orang miskin. OMG gurl u so annoying.
This person jadi annoying dan mengacau hidup saya sebab dia suka sangat membandingkan pemberian suami sendiri dengan suami saya. Sebagai contoh, rumah kami ada aircon, cuckoo ud4ra dan air, water heater yang sebenarnya benda ni biasa saja tapi bagi dia, wahhh untunglah suami u kaya boleh bagi semua ni tak macam suami I takde duit.
Hello sister, barang-barang tu semua I yang beli guna duit I sendiri. Saya yang nak pakai, jadi saya beli sendiri. Sewa rumah, api air, duit kereta makan dan pakai saya suami tanggung, jadi takpe saya sponsor keselesaan yang lain. I want it, I got it tanpa perlu meminta.
Lagi satu yang saya tak suka tentang surirumah tak function ni adalah mereka banyak sangat masa, takde kerja, jadi hobi utama adalah bergossip. Sayalah menjadi m4ngsa utama gosip keluarga. Mak, mak cik, sepupu dan kadang kala jiran keluarga suami selalu sangat gosip yang saya ni isteri tak guna sebab saya tak masak, hari – hari makan luar, baju hantar dobi, anak pun hantar taska.
Mereka selalu mempertikaikan kenapa suami kahwin dengan saya kalau saya tak jaga dia betul-betul. Allahu ceteknya akal korang, lain orang lain cara jalankan tanggungjawab. Suami saya pun tak complain yang h4ng nak melebih pasaipa.
Ko duk rumah pon confirm ke layan suami macam raja? Kadang kala saya terfikir, diorang ni tak kesian ke dengan suami sendiri, berhempas pulas nak cukupkan semua, tapi u masih mengeluh tak bersyukur, meminta benda di luar kemampuan suami.
Dan bila tak dapat aibkan suami. Tapi diri sendiri takde usaha pun nak tolong, hanya tahu nak meminta saja. Bila suruh usaha sendiri banyak pula alasan. Badan u sihat, tak mengandung, tiada tanggungan lain. Lagi-lagi dalam keadaan ekonomi gawat macam ni.
Kita tak hidup zaman mak pak kita di mana satu sumber pendapatan dah mencukupi. Ada sedar ke tak? Kalau dah miskin tak menyusahkan orang takpe, tapi bila miskin tak sedar diri hutang sana sini, korek lubang sana tutup lubang sini, ni yang menyampah.
Suami ada seorang kawan pinjam duit sebab nak beli Bezza baru. Katanya wife sedang mengandung teringin nak bawa baby balik naik kereta baru. Last – last hutang suami tak bayar, tapi bini duk seronok up status posing dengan kereta baru.
Itu jelah mampu sebab insurans pun tak renew, jadi hiasan jelah kereta tu. Bila suami tanya member bila nak bayar hutang, mula lah drama “aku gaji seorang lah, baby kecil lagi, banyak nak pakai duit, kalau aku bayar hutang kau, kesian pula dengan anak bini tak cukup makan!” Ughh, menyampah, geram sangat.
Terima kasih lah baca sampai habis, panjang saya meluah pengalaman dengan surirumah tak function ni. Harap pembaca semua boleh bagi pandangan dan pendapat lain yang boleh saya ambil sebagai pelembut hati. Sekian… – Mochi (Bukan nama sebenar)