Kaya sekelip mata! Lelaki ini jumpa syiling emas bernilai RM4.56 juta di ladang jagung miliknya

Seorang lelaki yang identitinya tidak didedahkan telah menemui sejumlah syiling emas era Perang Saudara Amerika Syarikat bernilai lebih dari AS$1 juta (RM4.56 juta) di sebuah ladang jagung di Kentucky, baru-baru ini.

Bagaimanapun, lokasi tepat penemuan syiling tersebut tidak didedahkan namun reaksi lelaki tersebut selepas mengetahui ia adalah harta karun dapat dirakam di dalam sebuah video di youtube yang dikenali dengan GovMint.

Lelaki tersebut juga mendakwa ia adalah penemuan yang sangat gila.

Akhbar The New York Times menganggarkan harta karun itu bernilai lebih AS$1 juta.

“Ini adalah apa yang setiap pemburu harta karun impikan dan lelaki itu mengalaminya,” kata seorang netizen di YouTube.

Baca juga: Mati akibat terlebih daun ketum, keluarga wanita ini ibarat ‘menang loteri’ kerana menang saman RM50 juta