Keadaan rumah PM sibuk, Ismail Sabri pula hadir ke rumah Muhyiddin

  • Post author:
  • Post comments:0 Comments

Kediaman Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dijangka sibuk menerima kunjungan para menteri hari ini.

Setakat ini, Ismail Sabri Yaakob yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri semalam dan Peguam Negara Idrus Harun dilihat menuju ke kediaman Muhyiddin.

Petugas media telah mula berkumpul di hadapan kediaman berkenaan yang terletak di Bukit Damansara.

Ini susulan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno malam tadi yang memutuskan parti berkenaan secara rasmi menarik balik sokongan kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi turut menggesa Muhyiddin meletak jawatan atas kegagalannya memuaskan garis panduan yang ditetapkan Umno sebagai syarat meneruskan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional.

sumber : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/08/peguam-negara-tpm-antara-yang-tiba-di-kediaman-pm/