Seorang pembersih sampah di Thailand memukau ribuan netizen dengan kecantikannya ketika melakukan tugasan yang sukar.
Pattaramon Thocharoen, 27, atau dikenali sebagai Bow digelar ‘pembersih jalan paling cantik di Thailand’ selepas beberapa videonya tular di platform TikTok kerana kerap memakai solekan ketika bekerja.
“Mengapa saya tidak boleh kelihatan cantik ketika melakukan pekerjaan yang sukar?” soalnya kepada akhbar The Straits Times.
Dia menyatakan dia mahukan kepuasan sendiri apabila bersolek.
Dia juga tidak pernah berasa malu dengan pekerjaannya kerana ibunya bekerja sebagai pembersih jalan dan bapanya pemandu lori sampah.
“Ini adalah bidang kerja yang ibu bapa lakukan ketika membesarkan saya. Justeru, saya berbangga dengannya,” kata Bow.
Bow kerap memuat naik rutin pekerjaannya menerusi laman sosial TikTok dan mempunyai pengikut seramai 330,000.
Baca juga: “Ayah tiri bagi ipod baru tapi abah pulak cuma bagi tabung lama yang aku akan ingat sampai mati..”