Ibu kandung kepada anak angkat aktivis kemanusiaan, Mizz Nina, yang hanya ingin dikenali sebagai Athira (bukan nama sebenar) tampil mengemukakan tiga tuntutan terhadap penyanyi Noh Salleh berhubung dengan kenyataan yang dikeluarkannya baru-baru ini.
Tuntutan-tuntutan yang dimaksudkan adalah menarik balik kenyataan yang dikongsikan dalam media sosial, membuat permohonan maaf secara terbuka, dan menghapuskan gambar yang mendedahkan wajah anaknya yang bernama Musa dalam tempoh 24 jam.
Athira, ketika dihubungi menyatakan bahawa vokalis kumpulan Hujan juga perlu memohon maaf atas kesilapan yang telah ditimbulkan melalui kenyataannya dalam program Melodi baru-baru ini.
Melalui temu bual yang disiarkan pada 14 Januari lalu, Noh mendakwa bahawa Athira telah memberikan kebenaran dengan sukarela kepadanya untuk menjaga Musa.
Susulan itu, Athira yang ditemui mendakwa dirinya dimanipulasi oleh penyanyi itu.
“Apa yang mahu saya dikongsikan di sini, sebagai ibu kandung kepada Musa, saya sangat kecewa dengan apa yang terjadi. Saya rasa dimanipulasi dan digunakan atas kepentingan dia (Noh).
“Saya juga kecewa kerana dia menggunakan saya dengan menyatakan bahawa Musa diserahkan ibu kandungnya dengan rela hati.
“Disebabkan itu, saya mahu Noh menarik balik kenyataan yang dibuat dan memohon maaf kerana menggunakan nama saya dalam media.
Sebelum ini dia membuat perkongsian menerusi media, jadi saya mahu dia buat permohonan maaf menerusi media juga,” katanya ketika ditemui sebentar tadi
“Ingin dijelaskan, saya rasa sangat kecewa sebab dia tunjuk muka Musa dalam media sosial.
Dia turut mendedahkan Noh telah melanggar perjanjian yang telah mereka buat berkenaan kehidupan dan penjagaan Musa.
“Apa yang buat saya kecewa apabila Noh tidak mempunyai hak sebagai penjaga sepenuhnya tetapi dia melanggar perjanjian untuk tidak berkongsi wajah Musa.
“Jadi, saya mahu Noh menarik balik kenyataan yang dibuat terhadap saya dan hantaran membabitkan wajah Musa. Saya juga mahukan permohonan maaf secara terbuka daripadanya dalam masa 24 jam atau tindakan undang-undang akan diambil,” katanya.
Sebelum ini, Noh tampil memberikan kenyataan dalam rancangan Melodi berkenaan dirinya yang dituduh menculik Musa dari bekas isterinya iaitu, Mizz Nina.
Baca juga: Sajat mohon maaf, dakwa diri hidapi kanser-“Kalau senyap tu saya dah tiada”