Sekumpulan pencuri yang kecewa kerana tidak menemui barangan berharga bertindak meninggalkan sejumlah wang 500 rupee (RM27.22) di pintu pagar kediaman tersebut.
Pemilik kediaman, M. Ramakrishna mendakwa dia dan isteri telah pergi ke Gurugram pada pagi rabu dan setelah pulang dia melihat kunci rumahnya telah dirosakkan namun tiada apa yang hilang dari kediamannya.
Namun, mereka menemui sejumlah wang 500 rupee di hadapan pintu pagar utama.
Pemilik kediaman itu merupakan seorang jurutera yang telah bersara dan tinggal bersama isterinya namun memberitahu polis tidak menyimpan apa apa barang berharga di rumahnya.
Polis masih menjalankan siasatan tentang kewujudan perompak tersebut.
Baca juga: “Selalu hilang berdua time gathering family, sekarang suami aku dah jadi abang ipar aku”