Kecik kecik cili padi! Budak tadika bagi rakan sekelas jongkong emas, gelar ia ‘hadiah pertunangan’

Seorang budak lelaki di bandar Guang’an, wilayah Sichuan memberi jongkong emas bernilai 106,000 yuan (RM69,197) kepada seorang kanak-kanak perempuan di kelas tadikanya sebagai hadiah ‘pertunangan’.

Seorang kanak-kanak lelaki membuat kejutan dengan memberikan hadiah kepada rakan perempuan di kelasnya dan menggelarnya sebagai ‘hadiah pertunangan’.

Portal berita South China Morning Post melaporkan bahawa kejadian tersebut menjadi viral setelah gadis kecil itu menunjukkan dua jongkong emas berat 100 gram kepada ibu bapanya selepas pulang ke rumah.

Dalam rakaman itu, dapat dilihat gadis kecil tersebut memegang sebuah kotak berwarna merah yang berisi jongkong emas.

Jongkong emas

Ibu bapa gadis itu kemudian meminta anak perempuan mereka untuk mengembalikan hadiah tersebut pada hari berikutnya. Mereka juga menghubungi keluarga kenak-kanak lelaki itu.

“Ibu bapa budak lelaki itu memberitahu bahawa jongkong emas itu disimpan untuk bakal isterinya di masa hadapan. Mereka tidak menyangka dia akan mengambilnya secara rahsia dan memberinya kepada anak kami,” kata ibu gadis itu.

Baca juga: Jackpot! Lelaki jadi jutawan ‘express’, terpijak syiling emas berusia lebih 700 tahun di ladang