Bak kata pepatah sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Amalan menabung wajar dipupuk sejak dari kecil supaya anak-anak lebih berjimat cermat dalam berbelanja.
Pengguna Facebook Susan A. Magis berkongsi yang anak-anaknya menyimpan duit yang diberinya setiap hari untuk diberi kepadanya sebagai hadiah.
“Terharunya seorang ibu. Tiap hari saya bagi anak-anak saya duit saku untuk belanja sekolah RM2 tapi tidak sangka anak-anak saya simpan RM1 untuk hadiah mama.“
“Yang sepatutnya anak-anak mahu bagi saya 25/12 tapi disebabkan anak-anak dengar saya tiada duit cepat-cepat anak-anak bagi saya duit. Betul-betul saya terharu dengan tindakan anak-anak.“
“Total duit RM48 semua. 3 orang anak saya simpan RM1.“
Rata-rata warganet memuji anak-anak wanita itu dan juga mengucapkan tahniah kepadanya kerana berjaya mendidik anak-anak.
Baca juga: Kelas tiba-tiba jadi kecoh, rupanya pelajar terberanak semasa jawab peperiksaan