Influencer ini dikecam selepas melakukan ‘room tour’ bilik bibik. Ramai dalam kalangan netizen tidak berpuas hati selepas influencer menunjukkan bilik tidur pembantu rumahnya.
Pasangan personaliti media sosial terkenal menerima banyak kritikan daripada warganet selepas mempamerkan ruang tidur mereka yang dilengkapi katil dua tingkat.
Menerusi sebuah video, youtuber dari negara seberang Atta Halilintar dan isteri, Aurel Hermansyah mereka telah meraih perhatian dan mengundang pelbagai persoalan daripada warganet yang menonton dan terkejut melihat keluasan bilik berkenaan.
Kata warganet, ruang itu terlalu kecil jika nak dibandingkan dengan rumah agam yang begitu mewah dimiliki pasangan tersebut.
Bukan itu sahaja, segelintir individu menyifatkan bilik tidur pembantu rumahnya itu seperti saiz tandas dan sel penjara.
Ya Allah dah macam sel penjara. Rumah besar tapi bilik (pembantu rumah) sebesar tandas, kata seorang individu.
Aurel merupakan anak kepada selebriti terkenal Indonesia, Anang Hermansyah dan Kris Dayanti yang turut berkecimpung dalam dunia nyanyian. Atta dan Aurel merupakan antara pasangan personaliti media sosial yang terkenal dan mempunyai jutaan pengikut.
Agak agak laa cuiiii, kecik sangat tu. Nak solat pun sempit agaknya.
Baca juga: Kecoh filem ‘blue’ pertama dibikin Malaysia, tawar RM500 seorang pelakon