Kecoh dakwaan Azmin guna duit MITI bawa keluarga ke London

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali menafikan dakwaan beliau membawa keluarga ke London pada Oktober lalu menggunakan dana kementeriannya.

Beliau berkata, setiap misi perdagangan MITI mematuhi peraturan dan prosedur.

“Sebelum misi perdagangan ini diluluskan, ia mesti dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Kabinet.

“Setiap perincian, senarai delegasi, jumlah peruntukan, perbelanjaan dan destinasi itu semua diperincikan dan telah diluluskan Jemaah Kabinet mengikut peraturan dan tatacara kewangan.

“Saya menafikan tuduhan Jelutong (RSN Rayer),” katanya pada sesi perbahasan dan penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 peringkat jawatankuasa bagi MITI di Dewan Rakyat.

Sebelum itu, RSN Rayer (PH-Jelutong) bertanyakan Azmin jika benar beliau membawa keluarga ke London semasa lawatan MITI pada Oktober lalu menggunakan dana kementeriannya.

“Saya cuma minta penjelasan, sama ada dalam rombongan lawatan ke London pada Oktober, adakah benar menteri membawa ahli keluarga.

“Saya telah tanya dalam perbahasan saya, kalau kementerian tak belanjakan wang, beritahu kementerian tidak belanjakan wang. Kita belum dengar penjelasan menteri,” katanya.

sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/12/07/azmin-nafi-dakwaan-bawa-keluarga-ke-london-guna-dana-miti/

COMMENTS