Kecoh dakwaan Imam Mahdi muncul tahun 2024, akhirnya Ustaz Azhar Idrus dedah perkara sebenar

Menerusi sebuah perkongsian video di laman tiktok, pengguna @bacalahhub berkongsi sebuah pertanyaan berkenaan Imam Mahdi yang didakwa akan muncul pada tahun 2024.

Tampil memberikan penjelasan, Ustaz Azhar Idrus mengatakan wajib kita mempercayai Imam Mahdi akan muncul kerana Nabi Muhammad  telah khabarkan kemunculannya sejak dahulu.

“Imam Mahdi akan terbit, wajib kita percaya sebab disebut oleh Rasulullah saw. Bila nabi sebut kita percaya, bila facebook sebut kita tak percaya.”

“Cuma jangan kita letak tahun kerana dia ghaib, akan muncul.”

“Kita letak tahun, kita lagi pandai dari nabi”

@bacalahhub

Macam mana nak kenal Imam Mahdi? Korang boleh tengok penjelasan Ustaz Wadi dibawah Part1️⃣👉@BacalahHub Part2️⃣👉@BacalahHub EXTRA👉@BacalahHub #ustazazharidrus #akhirzaman #imammahdi #dakwah_islam #bacalahhub #tandakiamat

♬ Rapuh_ – Zali
Kredit: Tiktok

Ustaz Azhar Idrus memberitahu lagi umat islam jangan mudah mempercayai isi kandungan di dalam facebook kerana ia hanya kandungan kosong semata.

“Macam dululah kiamat 2012, berdebarnya kita rasa”

Beliau memberikan penjelasan bahawa perlunya kita mempercayai kiamat tanpa mengetahui tarikh sebenar kerana tiada sesiapa di dunia ini yang mengetahuinya selain Allah swt.

Setiap yang akan berlaku seperti Imam Mahdi,Nabi Isa dan Dajjal wajib kita percayai dan setiapnya mempunyai kisah yang akan berlaku dan nas.

“Nabi Isa akan turun di satu Menara berwarna putih di Damsyik Syria haa kita cerita lah pasal hadis cerita”

Di akhir video beliau mengingatkan umat islam supaya sentiasa bersama alim ulama supaya dapat bersama dengan Imam Mahdi pada masa hadapan begitu juga sebaliknya.

Baca juga: Ini rupanya maksud pulut kuning dalam keraian orang Melayu yang ramai tak tahu…