“Lebih baik tanya Norman sendiri”.
Itu penjelasan diberikan oleh bapa tiri kepada Marissa Dania Hakim iaitu suami kepada Abby Abadi.
Sejak semalam, desas desus mengatakan anak dara Abby Abadi dan juga Norman Hakim itu telah berkahwin di Songhkla, Thailand bertiup kencang.
Menurut Muhammad Faizal, dia mengatakan bahawa dia tidak berada dalam kedudukan untuk mendedahkan perkara tersebut kepada umum.
“Saya rasa saya bukan orang yang tepat untuk menjawab persoalan tersebut,” katanya lagi.
Sejak semalam, tiada khabar berita mahupun penjelasan diberikan oleh Abby Abadi mahupun Norman malah mereka tidak menjawab panggilan telefon.
Malahan, kiriman Whatsapp juga tidak berbalas hingga sekarang.
Pada tahun lalu, kisah pasangan Marissa dan Aslam menjadi viral ketika gadis tersebut dituduh sebagai orang ketiga dalam hubungan rumah tangga Aslam dan isterinya, Misya Mazlan.
Baca juga: Burung merpati dituduh ‘pengintip’, dipenjara 8 bulan