Proses perobohan Stadium Shah Alam dijangka mengambil masa sehingga pertengahan tahun depan.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, menyatakan bahawa proses tersebut akan dimulakan dengan pemasangan dinding penghalang, diikuti dengan proses merungkai struktur sedia ada.
Katanya, beliau telah menyaksikan perjanjian persefahaman antara Menteri Besar Selangor (Pemerdanan) – MBI Selangor dan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) petang ini, sebagai langkah penting dalam pembangunan Stadium Shah Alam.
“Ini sekaligus menandakan permulaan kerja-kerja fizikal setelah melalui proses perancangan dan prosedur rapi.
“Proses perobohan akan dimulakan dengan pemasangan dinding adang diikuti proses merungkai struktur sedia ada yang dijangka mengambil tempoh sehingga pertengahan tahun hadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Berita sebelum ini melaporkan bahawa kerja-kerja merobohkan Stadium Shah Alam akan dilakukan secara manual dan tidak menggunakan peledak bom kerana tidak mahu menganggu ketenteraman penduduk Seksyen 13.
Stadium Shah Alam, yang dirasmikan pada 16 Julai 1994, telah mengalami kerosakan yang signifikan, termasuk di bilik persalinan, bekalan elektrik, dan tempat duduk, akibat daripada tiga kejadian banjir pada tahun 2006, 2015, dan 2021.
Baca juga: Penjual putu mayam dedah perlu bayar tunggakan PIBG RM400, netizen minta sekolah jangan ‘kejam’