Sebaik mana seseorang itu menjaga kehormatannya, pasti akan ada mereka yang berniat jahat untuk merosakkan diri orang lain.
Siapa menyangka ditahan polis atas kesalah menaiki motosikal di Indonesia dengan lebih penumpang akan menyebabkan titik hitam buat seorang gadis berusia 17 tahun.
Remaja tersebut diangkut pergi menuju ke balai polis berdekatan dan salah seorang anggota yang bertugas (dipercayai polis bantuan) telah melakukan gangguan seksual.
Rupanya dari dalam kereta lagi anggota polis tersebut sudah mula menyentuh bahagian sensitif wanita tersebut.
Menurut Kumparan News, setibanya di balai, gadis berkenaan kemudiannya dipaksa melakukan hubungan badan dalam sebuah tandas di sana.
Setelah melampiaskan nafsu, si pelaku sempat memberi ugutan supaya kejadian itu disimpan rapi oleh mangsa.
Selepas selesao menjalani pemeriksaan polis, gadis tersebut dibebaskan pada jam 12 tengah hari lalu terus pulang ke rumah.
Pada saat itulah dia mendedahkan perkara jijik yang dialaminya pada hari berkenaan.
Ibu bapa remaja tersebut telah menghubungi balai terbabit untuk meminta kepastian. Pelaku kini sudah ditangkap dan sedang menjalani siasatan lanjut.
“Pelaku (polis bantuan) sebelum ini memang banyak kali datang ke balai untuk kerja-kerja pembersihan.
Selama ini, dia berprilaku baik. Namun kali ini dia melakukan kejahatan,” ujar Ketua Balai Polis Daerah Kabupaten Gowa, Sulawesi Selatan
Menurut Chrisye iaitu peguam yang mewakili remajaitu, pelaku didakwa cuba memberikan wang sogokan bernilai 500,000 rupiah (bersamaan RM151).
Malah gadis itu diminta untuk merahsiakan apa yang sudah terjadi, pelaku menyatakan bahawa pemberian itu adalah satu sedekah.