Kecoh “geng” Rauf bantah perlantikan Sulaiman, ini jawapan Ab Rauf

Kecoh “geng” Rauf bantah perlantikan Sulaiman, ini jawapan Ab Rauf

Berita dipetik dari FMT

Ketua Barisan Nasional Melaka, Ab Rauf Yusoh, menafikan khabar angin mengenai timbulnya kemelut dalam kerajaan negeri yang baharu dibentuk.

Beliau berkata Ketua Menteri Sulaiman Md Ali mendapat sokongan semua ketua bahagian Umno.

Pada sidang media yang disertai Sulaiman dan pemimpin bahagian lain, Rauf menegaskan tidak ada langkah untuk menyingkir Sulaiman.

“Itu sebab saya memanggil sidang media pada hari ini untuk dapat dimaklumkan bahawa kami tidak ada masalah.

“Saya bersama dengan ketua-ketua bahagian negeri Melaka memberikan sokongan penuh (kepada) Sulaiman sebagai ketua menteri,” katanya.

Sulaiman menjelaskan beliau tidak menunggu lama mengangkat sumpah pada 12.58 tengah malam tadi kerana ingin meneruskan kerja secepat mungkin.

“Jadi tidak ada salahnya apa yang dilakukan malam tadi kita sempurnakan segera supaya saya boleh menjalankan tugas lebih awal,” katanya selepas menyenaraikan semua mesyuaratnya yang perlu dihadirinya.

Katanya, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Majlis Raja-Raja serta semua Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Seterusnya, beliau mahu membentangkan belanjawan negeri minggu ini dan memuktamadkan barisan EXCO.

Sulaiman menerima watikah pelantikannya dan mengangkat sumpah sebagai ketua menteri beberapa jam selepas Barisan Nasional (BN) meraih kemenangan dalam PRN Melaka.

Ini kali kedua Sulaiman dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka, selepas pertama kali mengangkat sumpah tahun lalu.

sumber : FMT

COMMENTS