Kecoh kanak-kanak terima duit raya sampai RM29,000, tapi lain pulak yang netizen komen

Satu pasangan suami isteri telah berkongsi klip video yang memaparkan jumlah duit raya yang dikumpulkan oleh dua anak mereka, iaitu sebanyak 100 juta rupiah (RM29,375).

Shandy Purnamasari dan Gilang Widya Pramana membangunkan perniagaan kosmetik di Indonesia, dengan fokus terutama kepada jenama produk kecantikan MS Glow.

Melalui klip video yang dikongsikan di laman Instagram, suami isteri itu memperlihatkan duit raya anak-anak mereka yang tidak hanya diterima dalam denominasi rupiah, tetapi juga dolar Singapura dan dolar Amerika Syarikat.

Video tersebut juga memaparkan tangkapan skrin perbualan WhatsApp yang menunjukkan Felis, anak sulung Shandy dan Gilang, menerima duit raya sebanyak 33 juta rupiah (RM9,697).

Anak kedua mereka pula memperoleh duit raya sebanyak 32 juta rupiah (RM9,400).

Shandy turut berkongsi video lain yang menunjukkan beliau membawa kedua anaknya ke sebuah bank untuk menyimpan duit raya mereka.

Beliau menyatakan bahawa jumlah keseluruhan duit raya pada tahun ini adalah sebanyak 100 juta rupiah (RM29,375).

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Itu bukan duit raya, tetapi duit gaji saya selama lebih setahun,” kata seorang pengguna Instagram.

“Banyak betul duit raya anak orang. Anak saya dapat 200,000 rupiah (RM58.75) pun sudah Alhamdulillah,” kata netizen lain. 

Baca juga: Resepi mudah buat sos bawang putih ala kedai arab, ikut sebijik-sebijik mesti menjadi!