Tular isu penjualan daging katak secara terangan di satu pasar raya, malah ia juga diletakkan berdekatan makanan laut seperti ikan dan kupang.
Disebabkan isu tersebut, syarikat NSK Trade City Sdn Bhd (NSK) tampil memohon maaf secara terbuka selepas tular salah satu cawangannya didakwa menjual daging katak.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, mereka sedar bahawa isu tersebut adalah serius terutama di kalangan pembeli beragama Islam.
Malah tindakan serta merta telah diambil dan pekerja yang terlibat sudah diberi amaran keras kerana situasi tersebut.
Menerusi satu kenyataan, pihak NSK berkata, mereka sedar ia adalah isu serius dan tindakan telah pun diambil serta-merta.
“Kepada pelanggan kami dan umat Islam, kami memohon maaf atas insiden yang berlaku pada 24 Oktober, baru-baru ini.
“Kami faham tahap keseriusan isu ini dan tindakan telah diambil serta-merta. Amaran keras juga telah diberikan kepada pekerja yang terlibat.
“Pihak NSK memohon maaf sekali lagi dan akan memastikan sebaik-baiknya, supaya tidak akan berlaku lagi kesilapan tersebut,” kata kenyataan itu.
Sebelum ini media melaporkan bahawa orang ramai terkejut melihat sepinggan kaki katak dijual secara terbuka di sebuah pasar raya terkemuka di Selangor.
Baca juga: Periuk, kuali cepat hitam sebab api oren? Ini tips penting untuk selamatkan barang dapur anda