Kecoh di Twitter semalam tentang satu dakwaan yang mengatakan Abdul Qawiy Abd Rashit terlibat dengan jenayah gangguan seksual.
Qawiy yang juga seorang pempengaruh media sosial yang selalu bawakan konten ‘tebuk quran’ di media sosial berjaya menarik perhatian orang muda mengenal quran.
Ini respon Qawiy:-
Assalamualaikum semua, berkaitan isu dan kenyataan yang tular di laman sosial tentang Qawiy.
Ye sepatutnya Qawiy tak perlu pun balas dan jawab kenyataan atau surat terbuka yang tular tetapi memandangkan ramai yang dah tahu isu ini dan untuk mengelakkan salah faham dan fitnah, Qawiy perlu jelaskan di sini kenyataan dan cerita yang tular tentang Qawiy di laman sosial adalah tidak benar & dan fitnah.
Dakwaan ini mula timbul selepas seorang individu mendakqa Qawiy memintanya untuk melakukan perkara tidak sepatutnya ketika panggilan video.