“Orang yang paling letih aku tengok masa persidangan Parlimen tadi yang dalam kotak kecil tu, berpusing tangan dia,” jelas Epul Rani di Facebooknya hari ini.
Ketika Persidangan Khas Parlimen hari ini, pasti ramai yang tertumpu kepada penterjemah bahasa isyarat yang sedang menterjemahkan perbahasan yang dilakukan Ahli-ahli Parlimen.
Malah, penterjemah itu dilihat tanpa henti dan melakukan tugasnya sebaik mungkin bagi memastikan orang kurang upaya (OKU) mendapat maklumat dan mengetahui apa yang dibahas oleh Ahli Parlimen terlibat.
Rata-rata orang ramai memuji penterjemah tersebut dan ada juga yang melahirkan rasa kesihan dengan tgas yang dilakukan olehnya.
“Dalam sidang kali ini yang saya lihat sign language interpreter ini yang bekerja sepenuh hati, harap dia diberi elaun yang cukup,kesian dia,” ciap @SYnew.
“Betul, aku tengok dia yang paling letih kerja hari ini dah macam muppet bergerak tak henti,” jelas @MrMFN. – K! ONLINE.
sumber : https://www.kosmo.com.my/2021/07/26/dewan-rakyat-sampai-berpusing-tangan-penterjemah/