Suami kepada penyanyi popular negara seberang iaitu Bunga Citra Lestari didakwa menyeleweng duit syarikat yang diusahakan bersama bekas isteri bernilai hampir RM1.7 juta.
Akhbar Indonesia melaporkan Tiko melakukan perkara itu antara tahun 2015 hingga 2021 ketika bergelar pengarah syarikat yang diberi nama PT Arjuna Advaya Sanjaya (AAS).
Bekas isterinya yang dikenali dengan nama Arina Winarto hanyalah bertindak sebagai pemegang saham di syarikat tersebut.
“Tiko dan Arina menubuhkan syarikat berkenaan dan ketika itu anak guam saya bertindak sebagai pemegang saham dan Tiko memegang jawatan sebagai pengarah.
“Bagaimanapun semua modal syarikat secara keseluruhannya dikeluarkan oleh Arina,” kata peguam Arina iaitu Leo Serigar.
Peguam tersebut turut mendedahkan anak guamnya hanyalah bertindak sebagai pemegang saham pasif iaitu tidak mencampuri sebarang urusan perniagaan kerana mempercayai bekas suaminya seratus peratus.
Bagaimanapun Arina mula curiga dengan Tiko apabila pada 2021 menemukan dua dokumen P&L (profit and loss) yang mencurigakan.
“Konflik bermula sekitar 2019 apabila Tiko menyatakan hasrat menutup syarikat kerana sudah tidak mampu membayar sewa.
“Bagaimanapun dokumen profi and loss yang mencurigakan membuatkan Arina mula menyiasat dan mendapat laporan tersebut dimanipulasi.
“Daripada situ, Arina melakukan siasatan dan audit menyeluruh sebelum mendapati terdapat penggunaan dana sebanyak RM1.7 juta yang tidak jelas,” ujarnya.
Arina turut membuat laporan polis dan meminta penjelasan berkenaan hasil audit yang dibuat, namun gagal selepas Tiko dikatakan tidak memberi kerjasama yang baik.
Baca juga: Sah peguam wakili ibu bapa Zayn Rayyan tarik diri mulai Selasa, “Saya ada alasan kukuh