Polis sentiasa tampil memberi informasi tentang apa jua taktik scam yang digunakan untuk mengelakkan orang ramai dari ditipu.
Kali ini, scammer telah muncul dengan cara memancing di media sosial dengan memberikan hadiah dengan cara mudah.
“Anda dinasihatkan supaya tidak terlalu teruja apabila dimaklumkan memenangi hadiah dengan cara yang mudah.
“Itu adalah salah satu cara scammer menggunakan maklumat peribadi anda menerusi akaun media sosial palsu bagi tujuan penipuan,” katanya.
“Perkongsian modus operandi sindiket, tips dan nasihat daripada Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police ini diharap dapat membantu anda untuk membuat semakan terlebih dahulu agar tidak menjadi salah seorang mangsa penipuan,” tambahnya.
Nama Syahmi Syazli panas seketika kerana dilaporkan telah menjadi scammer di laman Facebook.
Pelaku tersebut mengaku sebagai Syahmi Syazli ketika live streaming yang diadakan di laman Facebook dan menawarkan hadiah.
“250 orang pertama yang berkata salam, saya beri RM1,000 mulai sekarang,” memetik kapsyen itu.
Hadiah yang di tawarkan ialah cabutan bertuah dan juga wang tunai sebanyak RM1,000.
Pemenang juga perlu memberikan screenshot pendaftaran dan menunggu lima minit sebelum wang dimasukkan ke akaun.
Kemudian barulah ketika ini mangsa akan diperdaya iaitu ketika ingin memberikan maklumat akaun bank.
Diharapkan semua pengguna laman media sosial sentiasa berhati-hati dan jangan mudah mempercayai cabutan bertuah dan juga hadiah wang tunai yang mudah dipertontonkan.
Baca juga: Diam-diam masuk kedai, netizen terhibur tengok ‘gorgon’ shopping raya