Kecoh Tengku Zafrul beli Nasi Ganja di Ipoh guna Helikopter, ini jawapan Menteri

Kecoh Tengku Zafrul beli Nasi Ganja di Ipoh guna Helikopter, ini jawapan Menteri

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menafikan telah menggunakan helikopter untuk membeli nasi ganja Ipoh.

Beliau menerusi Facebook berkata, ada pihak yang telah menyalahgunakan gambar lama yang diambil sekitar Disember 2020 untuk mengatakan dirinya telah memesan nasi vanggey menggunakan penghantaran helikopter.

“Lucu bila terima forwarded WhatsApp message kononnya saya order nasi ganja Ipoh guna helicopter.

“Mereka guna gambar lama saya makan nasi vanggey pada Disember 2020, tapi crop tarikh,” katanya di sini hari ini.

Beliau turut memberitahu, lebih baik menggunakan perkhidmatan penghantaran seperti Nasi Kandaq Transporter dan Nasi Kandaq Runner bagi membantu usahawan kecil.

“Saya sebenarnya dah lama tak makan nasi vanggey, tapi dari order guna helikopter, baik guna delivery service yang banyak ada macam Nasi Kandaq Transporter, Nasi Kandaq Runner etc, boleh juga bantu usahawan kecil,” jelasnya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, orang ramai di bandar Ipoh gempar apabila sebuah helikopter dikesan mendarat di Padang Ipoh untuk mengambil pesanan 36 bungkus nasi ganja yang ditempah dari sebuah kedai menjual nasi kandar terkemuka di bandar raya ini dari Kuala Lumpur. – K! ONLINE

COMMENTS