Semalam tular sebuah video memaparkan ambulans terpaksa menunggu ‘giliran’ dengan memberi laluan kepada kereta VIP beserta pengiring kenderaan tersebut walaupun siren ambulans masih berbunyi.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen berasa terkejut kerana tidak memberikan laluan terlebih dahulu kepada ambulans yang sewajarnya diutamakan.
Nyawa boleh tunggu, VIP jalan dulu #maluapabossku pic.twitter.com/nADdOsjdVm
— Syazwan Shah 🏴 #ConnectRakyat (@syzwnrose) December 26, 2021
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku ketika rombongan Perdana Menteri Malaysia ke Hulu Langat untuk meninjau kerja-kerja pembersihan dilakukan pelbagai agensi untuk membantu mangsa banjir.
Semua pegawai dan anggota JSPT sentiasa diarahkan memberi keutamaan kepada kenderaan kecemasan spt membawa pesakit dan anggota bertugas di persimpangan berkenaan telah membuat penilaian awal sebelum memberhentikan kenderaan tersebut utk tempoh masa yg singat: Ketua JSPT Selangor pic.twitter.com/50MjrbTYjh
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) December 27, 2021
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Selangor (JSPT), Supt. Azman Shari’at mengesahkan video tersebut dan mengatakan penilaian awal telah dibuat sebelum memberhentikan kenderaan tersebut dalam tempoh yang singkat.
Malah, semua pegawai dan anggota JSPT sentiasa diarahkan memberi keutamaan kepada kenderaan kecemasan seperti membawa pesakit. Tambahnya, keutamaan diberikan kepada konvoi di jalan utama adalah mengelakkan risiko kemalangan dan laluan diberikan kepada ambulans selepas konvoi selesai.
sumber : TVocket