Kecoh video tular ambulans terpaksa beri laluan pada VIP, ini penjelasan polis

Semalam tular sebuah video memaparkan ambulans terpaksa menunggu ‘giliran’ dengan memberi laluan kepada kereta VIP beserta pengiring kenderaan tersebut walaupun siren ambulans masih berbunyi.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen berasa terkejut kerana tidak memberikan laluan terlebih dahulu kepada ambulans yang sewajarnya diutamakan.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku ketika rombongan Perdana Menteri Malaysia ke Hulu Langat untuk meninjau kerja-kerja pembersihan dilakukan pelbagai agensi untuk membantu mangsa banjir.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Selangor (JSPT), Supt. Azman Shari’at mengesahkan video tersebut dan mengatakan penilaian awal telah dibuat sebelum memberhentikan kenderaan tersebut dalam tempoh yang singkat.

Malah, semua pegawai dan anggota JSPT sentiasa diarahkan memberi keutamaan kepada kenderaan kecemasan seperti membawa pesakit. Tambahnya, keutamaan diberikan kepada konvoi di jalan utama adalah mengelakkan risiko kemalangan dan laluan diberikan kepada ambulans selepas konvoi selesai.

sumber : TVocket

COMMENTS