Kedai makan pemilik wanita yang tular dipeluk lelaki akan disiasat JHEAT

  • Post author:

Kedai makan pemilik wanita yang tular dipeluk lelaki akan disiasat Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Kejadian yang berlaku di Setis, Terengganu itu menaikkan kemarahan netizen kerana sang lelaki dilihat terlalu gatal dan si wanita suka perhatian diberikan.

JHEAT siasat video tak bermoral

Pesuruhjaya JHEAT M Rozi Bidin berkata, pihaknya akan melihat tindakan yang boleh diambil mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

“Premis (kedai makan) ini memang dalam pemantauan kita sebelum ia tular lagi dan dakwaan mengatakan JHEAT tak beri perhatian, itu tak betul sebab premis ini sedang dalam pemantauan.

“Kita tak akan biarkan benda-benda atau perkara yang tidak baik, perlakuan tak senonoh dan kita akan tengok mengikut bidang kuasa yang ada.

“Tiada kompromi dalam hal sebegini kerana ia bukan hanya mencemarkan agama Islam itu sendiri tetapi bertujuan membendung gejala atau kelakuan tidak bermoral dalam kalangan masyarakat,”katanya.

Baca Juga: JIJIK! Macam pertama kali lihat dada besar, lelaki kerumun pelayan wanita macam kerumun durian D24

Baca Juga: Lelaki dituduh intip di tandas R&R buat laporan polis, dakwa diugut dan dipukul tiga individu