Kedalaman melebihi bangunan 50 tingkat, ini sejarah tasik The Mines yang pernah gegarkan Malaysia..

Pasti anda pernah mengetahui kisah ikan ikan besar yang dikatakan berada di dalam tasik The Mines bukan?

Menjangkau lebih khusus lagi, tasik tersebut juga merupakan sebuah bekas lombong yang diketahui sebagai salah satu yang terbesar dan terdalam di dunia ini.

Dikatakan kedalamannya melebihi ketinggian bangunan 50 tingkat. Sungguh dalam dan dasarnya begitu jauh.

Sebelum ditutup pada pertengahan 1980-an, lombong terbuka ini dimiliki oleh Sg Besi Mines Ltd., yang dikendalikan oleh MMC melalui Pernes Charter Management Co., di mana MMC memiliki 71 peratus saham milik kerajaan dengan 20 peratus dimiliki oleh Charter Consolidated.

Pernes Charter Management pula dikuasai secara berkongsi, iaitu 50 peratus oleh Charter Consolidated dan 50 peratus oleh Kerajaan Malaysia.

Menurut laman web geologi Australia yang khusus mengkaji perlombongan, Sungai Besi telah dilombong sejak abad ke-10, dengan catatan kedatangan pedagang Arab ke kawasan tersebut. Kemudian, menjelang abad ke-13, orang Siam juga dikenal pasti telah terlibat dalam aktiviti perlombongan di kawasan itu.

Bermula pada tahun 1911, pihak British telah mula mengexploitasi kawasan tersebut, dan kajian pada tahun 1978 mengesahkan bahawa ia merupakan bekas alur sungai purba. Penelitian ini dilihat berdasarkan profil kaserit, yang merupakan timah oksida yang terdeposit di kawasan tersebut.

Ia tidak dimasukkan ke dalam sejarah kerana ia hanyalah penjarahan tanah yang akhirnya menjadi tasik. Airnya juga tidak diisi sehingga tahun 1990an.

Di mana terletaknya titik terdalam lombong tersebut? Ia terletak di tengah tasik di antara bangunan Sapura dan persimpangan menuju Seri Kembangan.

Baca juga: Datuk umur 73 tahun ‘naik hantu’, 3 biji bateri disumbat dalam zakar tiba-tiba meletup