Kejadian tanah mendap yang mengakibatkan seorang pelancong India ternyata menimbulkan perasaan hiba dan sedih buat rakyat negara ini.
Masakan tidak, wanita itu yang berseorangan ketika menuju ke kuil dihanyutkan arus deras di bawah tanah Jalan Masjid India sehinggakan mangsa tidak dapat dikesan hingga ke hari ini.
Namun, pada tahun 2013 ada sebuah kisah mangsa yang dihempap penebat kilat di Penang dimana mangsa masih tidak dijumpai hingga sekarang.
Lim Chin Aik, 44 tahun dilaporkan berada di dalam sebuah kenderaan jenis Honda City ketika penebat kilat sebuah bangunan berdekatan jatuh menghempap kenderaannya.
Selepas pencarian selama beberapa hari, operasi dihentikan berikutan terdapat amaran berbahaya jika pihak berkuasa terus menggali kawasan sekitar itu.
Meskipun tidak menjumpai mayat mangsa hingga ke hari ini, pihak berkuasa menjumpai keempat-empat tayar kereta dan juga tempat duduk penumpang belakang sekaligus mengesahkan mangsa tertimbus di bawah runtuhan tersebut.
Baca juga: Teori jadi kenyataan, ‘sinkhole’ di Kampung Kerinchi buat ramai nak ‘angkat kaki’