Kejam! Abang bawa dan penggal kepala adik gara-gara tak restu perkahwinan adik

Hubungan keluarga adalah satu hubungan yang sangat erat dan ibarat air yang dicincang tidak akan putus biar apa pun yang terjadi.

Perselisihan faham antara adik beradik memang biasa berlaku tetapi, biasanya perkara itu akan dilupakan sahaja.

Namun, baru-baru ini seorang abang tergamak memenggal kepala adiknya sendiri hanya disebabkan tidak merestui perkahwinan si adik.

Memetik laporan Daily Mail, kejadian yang berlaku di Uttar Pradesh, India itu menyaksikan lelaki tersebut yang dikenali sebagai Riyaz sedang berjalan menuju ke balai polis sambil membawa sebuah beg berisi kepala adiknya yang dipenggal.

Penduduk setempat yang melihat Riyaz membawa beg berlumuran darah itu bertindak melaporkan kepada pihak polis.

Mangsa iaitu Aashifa sebelum itu nekad melarikan diri untuk berkahwin dengan pilihan hatinya, Chad Babu.

Pada 20 Julai, Aashifa menjelaskan kepada keluarganya bahawa dia ingin berkahwin dengan pilihan hatinya namun tetap ditentang oleh mereka. Riyaz kemudian bertindak ganas dengan membunuh dan memenggal kepala adiknya.

Pegawai polis Barabanki, Ashutosh Mishra mengesahkan kejadian tersebut. Dalam keadaan marah Riyaz mengambil senjata tajam dan memenggal kepala adiknya sebelum memasukkan kepalanya ke dalam beg dan pergi ke balai polis.

Dalam pada itu, pembunuhan kejam berkenaan telah mencetuskan kemarahan di seluruh negara tersebut berikutan sikap melampau golongan lelaki terhadap kaum wanita.

Sumber: DailyMail

Baca juga: “Kalau Kedah dekat dengan KL, saya yakin akan lagi maju dari Selangor” – Sanusi