Kejam!!! Isteri hamil 7 bulan ditolak suami jatuh tebing bukit

Seorang suami di Turki di bawa ke mahkamah atas tuduhan membunuh isterinya dengan cara yang kejam. Sebelum membunuh, dia dilaporkan mengambil gambar swafoto bersama isterinya yang hamil tujuh bulan dan beberapa saat kemudian menolak isterinya jatuh dari tebing bukit.

Hakan Aysal, 40, telah ditangkap oleh polis. Dia dituduh menolak Semra Aysal, 32, dari tebing bukit sehingga membunuh mangsa ketika mereka bercuti di Butterfly Valley, di bandar Mugla, tenggara Turki, lapor Mirror.

Semra, yang mengandung tujuh bulan, meninggal bersama bayinya yang belum lahir.

Pendakwa raya mengatakan pasangan itu sempat mengambil gambar swafoto di tebing bukit. Menurut pendakwa raya, “kecelakaan” itu sebenarnya adalah rancangan jahat Hakan untuk menuntut wang insurans.

Dia dituduh melakukan jenayah pembunuhan dengan sengaja. Dalam satu dokumen pendakwaan, Hakan dikatakan telah merancang untuk membunuh isterinya bagi mendapatkan wang insurans kemalangan jiwa sebanyak 400,000 lira Turki (RM250,000) yang dinamakan ke atas namanya.

Pihak pendakwa turut menyatakan bahawa alasan mereka duduk di tebing bukit selama tiga jam adalah kerana Hakan mahu memastikan bahawa tidak ada orang di sekitarnya sebelum membunuh mangsa dengan menolaknya jatuh ke bawah.

Dokumen yang dikemukan oleh pihak pendakwa turut menyatakan bahawa Hakan telah menuntut pembayaran insurans sebanyak TRY 400,000 setelah isterinya meninggal dunia, namun ditolak oleh pihak insurans setelah siasatan terperinci dilakukan.

Manakala dalam satu wawancara video bersama dengan saudara mangsa, Naim Yolcu mengatakan bahawa ketika berkunjung ke Institut Perubatan Forensik untuk mengambil mayat isterinya, Hakan tidak keluar dari kereta dan reaksinya seperti tiada apa-apa yang berlaku.

“Setelah dia meninggal, kami baru mengetahui bahawa dia mempunyai tiga pinjaman yang Hakan ambil atas nama adik saya. Selain itu, Hakan adalah orang yang takut dengan ketinggian, jadi sukan ekstrem apa yang boleh dilakukan olehnya jika dia takut dengan ketinggian?” kata Naim.

Hakan dalam satu soal jawab bersama mahkamah telah menafikan bahawa dia bertanggungjawab atas kematian isterinya. “Dia meminta saya untuk memberikannya telefon.

Saya bangun dan kemudian mendengar isteri saya menjerit di belakang saya ketika saya berjalan beberapa langkah untuk mendapatkan telefon dari begnya. Ketika saya menoleh, dia tidak ada di sana. Saya tidak ‘tolak isteri saya’,” katanya kepada mahkamah.

Mahkamah Jenayah Tinggi Fethiye telah memutuskan bahawa Hakan akan ditahan kerana merangcang pembunuhan isterinya.

TV