Kejatuhan ringgit makin serius, duit RM dah tak laku di Thailand? Siap ada bukti

Sejak semalam, netizen telah menjadi bingung dengan berita tentang Ringgit Malaysia (RM) yang dikatakan “sudah tidak diterima di Thailand” selepas tersebarnya beberapa gambar notis pemberitahuan di media sosial.

Kebimbangan netizen mula timbul dan mereka mempersoalkan nilai mata wang Ringgit Malaysia yang dikatakan semakin lemah.

Beberapa individu juga mula menyalahkan kerajaan atas kejatuhan nilai Ringgit Malaysia yang dianggap serius sehingga beberapa premis di Thailand dilaporkan tidak lagi menerima Ringgit Malaysia untuk urusniaga, sebaliknya mengkehendaki pertukaran kepada mata wang Thailand (Baht) terlebih dahulu.

Berikut adalah beberapa reaksi netizen terhadap notis pemberitahuan tersebut:

“Haffez Ramudin: Adoi, macam mana nak berjalan-jalan ke Danok sekarang niiii” “Omar Manan: Berita terkini… baru balik dari Jakarta… ternyata RM tidak diterima…”

Ada juga yang menyatakan bahawa notis pemberitahuan itu mungkin telah diubahsuai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk tujuan tertentu:

“Wolf Verine: Memang benar duit kita mengalami penurunan tetapi tidaklah sampai begini sekali puiii” “Tok Janggut: Mengapa tulisan Thai menunjukkan 29/11/59?” “MUhammad Ridhwan: 29/11/59 tahun bila ini?”

Mungkin benar bahawa notis pemberitahuan itu telah diubahsuai kerana terdapat keraguan mengenai tarikh yang tertera dalam notis tersebut. Walau bagaimanapun, penting untuk menyelidik kesahihan maklumat sebelum menyebarkannya untuk mengelakkan penyebaran fitnah dan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai.

baca: Ini ‘trick’ mudah kawal penggunaan minyak masak, satu tong boleh tahan berbulan-bulan