Keji! Seorang lelaki sanggup pakai tudung semata-mata nak intai perempuan dalam tandas

Sebenarnya bukan kali pertama kita dengar lelaki yang ditangkap kerana cuba mengintai perempuan di tandas awam.

Meskipun begitu, masih ada segelintir lelaki yang mungkin boleh dikategorikan sebagai gila gigih untuk mengintai perempuan di tandas.

Baru-baru ini pula seorang lagi lelaki ditangkap setelah terkantoi ketika ingin mengendap perempuan di tandas.

Kejadian itu dikatakan berlaku di Kip Mart Masai, Johor Bharu. Dalam video yang tular itu, dilihat orang ramai mengerumuni lelaki itu di dalam sebuah kedai dan telefon bimbitnya juga dirampas.

Lelaki itu dipaksa untuk memberikan kata laluan telefonnya kerana dipercayai dia menggunakan telefon bimbit untuk merakam wanita yang berada di dalam tandas.

Lebih memeranjatkan lagi, lelaki itu sebenarnya sudah berkahwin. Dia juga memakai sehelai tudung dan bersandal wanita untuk menyembunyikan identitinya. Jarinya juga dilihat memakai inai.

“Saya tak tahu lah kenapa dengan kepala otak saya hari ni,” ujarnya ketika disoal mengenai kewajaran tindakannya itu.

Baca juga: Pakcik jual roti canai sanggup buang kesemua roti canai gara-gara terkena air hujan raih pujian warganet